15 August 2018

KELAB PENGASUH vs BUDAK MATI DALAM PETI AIS

RAWANG : Kartini Noor


INGATKAH lagi kisah bayi lapan bulan yang dibunuh dan dibekukan oleh dua pengasuhnya di Gombak beberapa bulan lalu. Saat kita digemparkan dengan cerita itu, siapa yang harus dipersalahkan?  Adakah ibu bapa yang terdesak mencari pengasuh? Atau pengasuh yang tidak berlesen dan berkemahiran yang mengambil kesempatan? Sikap alpa ibu bapa terutama rasa bimbang melampau yang pusat pengasuh berlesen dan berdaftar ini mengenakan caj yang tinggi juga banyak mendorong mereka memilih pengasuh "haram".
    Seperti kata Pengerusi Kelab Pengasuh Taska DIRUMAH RAWANG, Puan Zurina Zulkifli, "ibu bapa boleh berbincang mengenai caj upah ini kerana bukan semua pengasuh berdaftar mengutamkan faktor wang saja, tetapi tugas menjaga bayi ini adalah satu amanah" katanya.

   Pada kadar biasa upah jaga seorang bayi  antara RM300 ke atas dan jika ibu bapa tidak berkemampuan mereka boleh duduk berbincang dengan pengurusan pendaftaran cara menjelaskan upah berkenaan. Jangan bimbang tanya dulu pusat asuhan berdaftar tentang harga. Jangan pula nak jimatkan duit, nyawa anak tergadai.


   Satu lagi katanya, sikap orang kita yang jarang mengambil endah perihal latarbelakang pengasuh juga menjadi faktor kes kematian meningkat. Asal saja ada orang jaga anak dah cukup. Ramai tak tahu, pengasuh berdaftar diberi kursus dan diajar dengan teknik mengendalikan kes kecemasan termasuk bayi tersedak susu atau membuat CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) kaedah rawatan pemulihan sistem jantung (cardio) dan paru-paru serta penafasan.

   Sepatutnya pusat asuhan perlu dipasang CCTV supaya sebarang salahlaku kakitangan atau kes kemalangan yang timbul boleh dirujuk kepada pihak berkenaan. Ibu bapa juga perlu mengambil tahu dari masa ke semasa mengenai keselamatan anak-anak.
   Ibubapa perlu menanyakan anak-anak apa yang berlaku di pusat asuhan setiap hari kerana ada sesetengah taska yang tidak mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa melepaskan geram pada anak-anak.
  "Mengasuh anak-anak bukan senang, nak pula zaman ini mereka ketagih dengan gajet, anak-anak degil dan tak berdisiplin. Pengasuh perlu dilatih dengan tahap kesabaran yang tinggi dan mereka mestilah mempunyai kasih sayang terhadap anak-anak," katanya.

   Kata Puan Zurina, lambakan pengasuh memang ketara tetapi ramai yang tak tahu, ada pengasuh taska di rumah yang setaraf profesional, ada ikuti kursus asas kanak-kanak dan tak kurang juga memiliki sijil dan permit membuka taska mengasuh di rumah dengan caj yang dikenakan juga sangat berpatutan.

  Jangan terkejut ramai di kalangan profesional wanita yang menjadi suri rumah membuka pusat asuhan di rumah. Di samping diploma dan ijazah dari universiti, mereka juga memiliki sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengendalikan perniagaan pusat asuhan.

   Ditanya mengapa dia membabitkan diri dan menubuhkan kelab di Rawang yang kini mempunyai 50 pengusaha pusat asuhan di rumah, Puan Zurina berkata "ramai pengusaha mengadu pelbagai masalah dan meminta khidmat nasihatnya untuk menguruskan taska ini".

   "Bukan senang mengendalikan  perniagaan ini. Sikap ibu bapa, anak-anak yang boleh


tahan lasak dan degilnya. Ada yang tidak berdisiplin itulah cabaran kami sama-sama selesaikan," katanya yang turut membuka tadika asuhan di rumahnya di Saujana Rawang. 

   Sebagai contoh kata beliau lagi, pengasuh taska di rumah hanya dibenarkan menerima tiga hingga 9 orang saja di rumah. Kanak-kanak itu pula ada had umur dan jumlah pengasuh pula adalah seorang untuk tiga anak.

   Kerjaya mengedalikan taska asuhan di rumah ini boleh menjana pendapatan yang lumayan dan suri rumah juga tidak perlu meninggalkan keluarga.                 

    Sebagai contoh katanya, ada seorang pengusaha taska, Puan Suhaini Muhamad kini dibantu oleh kelab itu untuk membolehkannya menduduki peperiksaan pada bulan Oktober ini. Suhaini juga menjaga suaminya seorang Oku sambil berniaga.  

   Macam hari itu, ahli-ahli kelab ini berkumpul di pusat asuhan taska di rumah milik Puan Zurina untuk berbincang di samping membawa potluck untuk menjamu selera sesama mereka.

    Jelas terlihat ikatan persahabatan yang erat di kalangan ahli-ahli dan di kelab inilah mereka menimba ilmu dan khidmat mempertingkatkan kemahiran mengasuh anak-anak kecil itu.    Katanya, di kelab ini ahli-ahli akan membuat pelbagai aduan termasuk tempoh kerja yang sangat panjang. Umpamanya ada ibu bapa yang meninggalkan anak-anak di rumah pengasuh sehingga jam 9 malam sedangkan perjanjian asal, jam 6 petang.
   Tiadanya komunikasi yang baik antara pengusaha dengan ibu bapa menyebabkan anak menjadi mangsa. Dengan adanya ilmu yang dikongsi itu, pengusaha ini lebih rilek dan meningkatkan imej pengasuh ke tahap profesional dan kerjaya yang lumayan.

     Dengan hanya mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) dan Kursus Asuhan Permata (KAP) itu, pengasuh ini dibekalkan dengan ilmu keibubapaan, bertujuan memenuhi perkembangan menyeluruh, keselamatan dan kesejahteraan.

   "Pengasuh ini juga dilengkapi dengan ilmu menangani kes bayi tersedak susu, membuat CPR dan kecemasan tertentu untuk memberi rawatan segera jika berlaku kes-kes kecemasan, malah pengasuh juga diajar untuk menyelesaikan masalah anak-anak yang tantrum (suka mengamuk), sajikan makanan berkhasiat, mendisiplin anak-anak".


   "Malah berkat kerjasama antara ibubapa dan pengasuh taska asuhan di rumah, kami menjadi rakan kongsi yang baik dalam hubungan menjaga anak-anak, menjaga anak-anak memerlukan kesabaran yang tinggi, minat mendalam dan keikhlasan dalam menyayangi anak-anak tersebut".
    Katanya lagi, "setiap pengasuh diwajibkan mengambil kursus KAP itu dengan harga RM900 seorang untuk tempoh selama 144 jam dan amali 40 jam atau 29 hari sepenuh masa.     Manakala bagi kursus hujung minggu berlangsung dalam tempoh 4 bulan dan pengusaha taska asuhan ini perlu menduduki peperiksaan sebelum dibenarkan mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

    Peserta juga dibekalkan Modul Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata yang diterbikan oleh Bahagian Penerbitan UPM berharga RM100.
  
  Selain itu, Puan Zurina yang juga exco Persatuan Pengusaha Taska Rumah Malaysia yang berpejabat di Shah Alam juga kerap mengadakan bengkel TNC.

   Tujuan bengkel TNC adalah untuk mengketengahkan  isu dan cara menetap bayaran asuhan.

1. Peraturan dalam taska.
2. Cuti Pengasuh Solusi jika anak-anak jatuh sakit dan sebarang kemalangan yang berlaku.
3. Teknik dan cara hubungan dua hala, komunikasi antara pengasuh dengan ibubapa.
3. Teknik komunikasi berhemah dan tertib dalam sesi soal jawab antara pengasuh dan ibubapa.

   Puan Zurina berpesan bahawa ilmu yang dikongsi dalam kursus Asuhan Permata ini adalah sangat berharga, kepada semua peserta yang telah berjaya dan selesai  menjalani latihan pratikal ini hendaklah mendaftar segera rumah asuhan. 


08 August 2018

Bumi sebesar sebutir pasir.


Assalamulaikum pembaca sekelian. Ini adalah catatan saya sepanjang mengikuti kelas solat dianjurkan oleh Kelab Khadijah Kuwalid. Saya cuba share mana yang termampu sekadar perkongsian info walaupun kebanyakan daripada anda sudahpun faham makna atau definasi dalam mengejar solat sempurna. TQ.

RAWANG; tazkirah kelas solat sempurna,
Oleh Kartini Noor

SAAT kita sedang berlagak menghayunkan kaki dan pamerkan kemewahan di muka bumi ni, bayangkan bumi yang kita diami ni hanya sebesar sebutir pasir di pantai. Sesetengahnya mengibaratkan sekecil debu, zarah, hama dengan dan bandingkan saiz diri kita pula bersama 7 atau 8 billion penduduk di dalamnya.

    Bacaan al-Fatihah adalah wajib ketika mendirikan solat menjelaskan dengan lebar maksud ayat-ayat yang terkandung dalam surah itu. Bismillahir raham nirahim - Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

   Maksudnya Permurah adalah Allah SWT pemberi rezeki daripada semua sudut kehidupan, yang bernyawa sehingga mati. Maha suci Allah yang menentukan kehidupan kita. Ada yang kaya dan ada yang miskin, Kenapa perbezaan itu ia adalah rahsia Allah untuk umatNya. Siapa kita untuk meragui kehidupan kerana memiliki anggota badan yang sihat, hidung, telinga, mulut dan pendengaran tu adalah rezeki yang tidak ternilai yang jarang kita hargai.

   Maha Penyayang pula adalah pemberitahuan Allah kepada semua mahkluknya, bahawa Allah itu maha pengasih dan penyayang kepada orang yang BERIMAN kepadaNya. Sebab itulah kita diminta berlembut ketika membaca surah di dalam solat itu kerana ketika itu kita sedang berkomunikasi dengan Allah. 

  Maka makna Alhamdulillahirabbia'lamin pula adalah. Segala Pujian bagi Allah - Tuhan sekelian alam.

Alam bukan setakat bumi ni saja. Alam yang dimaksudkan itu adalah seluruh planet di galaksi dengan segala planet, 
trillion bintang-bintangnya, bulan bintang dan bumi ni serta surga neraka dalam alam akihrat yang tak terlihat dek pandangan mata manusia.

Pengerusi Kelab Khadijah Kuwailid, Mama Ina dalam sambungan tazkirah kelas solat kami, memberitahu selesai ambil wuduk, solat dimulakan dengan niat dan bacaan wajib al-fatihah dengan betul. Bila kita bersolat, untuk khusyuk bayangkan anda sedang berbicara dan berdoa dengan Allah yang Maha Esa.
Minggu ni sambungan kelas perkongsian ilmu dari Ustazah Nawirah yang disampaikan oleh Mama Ina. Mentor dan pengasas Kelab Khadijah Kuwalid. Solat sempurna.



Doa untuk diajar kepada kami



Solat boleh mengubah pandangan dan perwatakan seseorang. Kita akan melihat hidup dan serbaserbi yang berlaku di sekeliling dengan pandangan yang indah. Ingat kita adalah hamba dan bumi kita pun sebesar sebutir pasir dan siapakan kita jika dibandingkan dengan alam semesta yang dimiliki Allah SWT.

     Ayat Maaliki yawmiddim - Penguasa Hari Akhirat (Hari Keagamaan) akhirat. Bayangkan penghuni syurga secantik manusia yang berumur antara 30 hingga 33 tahun. Begitu juga penghuni neraka, janganlah kita sesekali menghalakan diri ke ke neraka jahnaman kerana kesakitan yang tidak tertanggung dek lalai solat.

Mama Ina mengingatkan kami  agar membaca doa ini antara beberapa minit selepas azan iaitu antara azan dan qamat solat 

    "Allahhuma Ini Asa'lukal Afiata Fiidunya Walakhirat." Ya Allah aku mohon kepadaMu Kesihatan (kesejahteraan) di dunia dan akihrat. Doa ini dibacakan oleh baginda junjungan kita, Rasullulah selepas azan. Kita hendaklah memohon agar sentiasa sihat kerana dengan kesihatan yang baiklah kita mampu mengerjakan solat dan tugasan di dunia dan di akhirat kelah.

    Untuk bersolat kebersihan adalah penentu utama solat. Tak perlukan kita mengutamakan sejadah sekiranya sudah disediakan sejadah permaidani. Sesiapa yang solat di awal waktu terlalu banyak kelebihan dan pahala yang dijanjikan Allah SWT.

   Adalah penting sebaik saja kita berdiri untuk solat, lafaz niat dibuat di dalam hati. Ketika kita mengucapkan Allahuakhbar niat saja aku solat sekian-sekian...contohnya zohor kerana Allah.

    Ramai yang kata Mama Ina teragak-agak untuk melafazkan niat ketika angkat takbir ni. Cukup sekadar niat tu kerana sejak awal kita sudahpun berniat untuk solat waktu sekian-sekian. Yang penting terdetikanlah di dalam hati, Ya Allah aku ni hambaMu yang kerdil, terimalah solat. Bila kita menyebut niat menjadi hamba itu, akan sekaligus membuatkan diri kita tiada darjat dan rasa megah. Kita adalah sama di sisi Allah.
Puan Zarina Sharif atau Mama Ina berkata setiap minggu dia tak sabar untuk mengajar di kelas kami.






    


04 August 2018

Ar-Rahnu Jom niaga barang kemas lelong

Kotak pameran barang kemas yang dilelong.

Notis lelongan.

Harga yang ditawarkan untuk lelongan pilih barang kemas dan tulis harga yang anda hendak bayar



 RAWANG;
Oleh Kartini Noor

 SAYA nak mewar-warkan satu bidang kerja yang sangat menarik untuk diterokai terutama bagi mereka yang banyak duitlah. Pernah tonton siri popular di Astro, Storage Wars atau lelongan barang-barang yang orang tertinggal di airport di seluruh dunia. 

    Rupanya kat negara kita ada jugalah. Cuma orang tertentu yang tahunya. Baru-baru ini saya diberitahu oleh kawan berkenaan lelongan barang-barang kemas yang tidak dituntut oleh pemiliknya. Maknanya, kita boleh membeli barang kemas dengan harga yang lebih murah berbanding dengan pasaran semasa. 

   Jika barang-barang kemas anda dipajak di Bank Pajak Gadai yang ni, di  Ar-Rahnu, yang dimiliki oleh Bank Rakyat dan tidak ditebus dalam tempoh tertentu, selalunya selepas tujuh bulan. Barang kemas itu akan dipamerkan untuk jualan lelong.

   Berkesempatan saya ke Ar-Rahnu di Selayang (sebelah restoran PakTam dan yang gelas besar tu) saya diperlihatkan koleksi barang kemas yang hendak dilelong tu. Cuma hari tu, ada dalam 10 set saja seperti cincin, rantai dan gelang yang dibuka untuk lelongan.


   Caranya dengan kita membeli borang lelongan berharga RM5 daripada kaunter bank itu dan menawarkan harga yang mahu kita beli. Satu koleksi tiga utas gelang ditawarkan untuk dilelong hari tu, dengan harga permulaan RM20,000. Jika berminat kita bolehlah mencatatkan harga lebih sedikit daripada harga itu dan jika tiada saingan, pihak Ar-Rahnu akan menghubungi kita jika berjaya.

   Malangnya, tiga utas gelang itu sudahpun dilocked oleh pemilik asalnya untuk ditebus balik dan tinggalkan beberapa utas saja rantai dan cincin untuk dilelong. 

   Apa yang menarik kita mempunyai dua pilihan untuk memiliki barang kemas itu, Satu bayar cash, kedua kita bayar peratus daripada harga lelongan itu dan kita diberi tempoh enam bulan untuk menebus barangan yang kita berjaya beli itu.

  Harga barangan yang dilelong itu selalunya lebih murah daripada harga pasaran. Hari tu saya diberitahu, harga pasaran di Ar-Rahnu 10 peratus lebih murah daripada harga pasaran. Lebih kurang RM150 segram.

   Bercerita fasal berniaga barang kemas ni kawan saya yang menjadi pelanggan tetap Ar-Rahnu ini memberitahu saya, dia beli barang-barang kemas ini untuk dijual secara main kutu dengan kawan-kawannya. Dia dah beberapa kali berjaya dalam lelongan itu dan yang dia suka sangat, sebab barang-barang kemas itu  asli.

   Malah setengah orang tu pula memborong barangan berkenaan dan menyimpannya untuk pelaburan peribadi. Maknanya, jika ada banyak yang dibeli itu, barangan berkenaan akan dilebur dan dijadikan barangan kemas yang baru.

   Jika ada yang berminat anda boleh hubungi semua cawangan Ar-Rahnu dan bertanyakan tarikh lelongan itu.  Selalunya, setiap hujung bulan dan ada notis akan ditampalkan di pintu masuk untuk mewar-warkan acara lelongan tu. Senyap dan anda serta pihak Ar-Rahnu jer yang tahu, anda sedang memborong barang kemas itu.


    








Ni tengah kempen simpan barang kemas kita dgn free tanpa fee


Sebahagian kolesksi untuk dijual.

Emas untuk tunai..slogan.

Peti pameran.



indahnya Makkah dan Madinah