INGATKAH lagi kisah bayi lapan bulan yang dibunuh dan dibekukan oleh dua pengasuhnya di Gombak beberapa bulan lalu. Saat kita digemparkan dengan cerita itu, siapa yang harus dipersalahkan? Adakah ibu bapa yang terdesak mencari pengasuh? Atau pengasuh yang tidak berlesen dan berkemahiran yang mengambil kesempatan? Sikap alpa ibu bapa terutama rasa bimbang melampau yang pusat pengasuh berlesen dan berdaftar ini mengenakan caj yang tinggi juga banyak mendorong mereka memilih pengasuh "haram".
Seperti kata Pengerusi Kelab Pengasuh Taska DIRUMAH RAWANG, Puan Zurina Zulkifli, "ibu bapa boleh berbincang mengenai caj upah ini kerana bukan semua pengasuh berdaftar mengutamkan faktor wang saja, tetapi tugas menjaga bayi ini adalah satu amanah" katanya.
Pada kadar biasa upah jaga seorang bayi antara RM300 ke atas dan jika ibu bapa tidak berkemampuan mereka boleh duduk berbincang dengan pengurusan pendaftaran cara menjelaskan upah berkenaan. Jangan bimbang tanya dulu pusat asuhan berdaftar tentang harga. Jangan pula nak jimatkan duit, nyawa anak tergadai.
Satu lagi katanya, sikap orang kita yang jarang mengambil endah perihal latarbelakang pengasuh juga menjadi faktor kes kematian meningkat. Asal saja ada orang jaga anak dah cukup. Ramai tak tahu, pengasuh berdaftar diberi kursus dan diajar dengan teknik mengendalikan kes kecemasan termasuk bayi tersedak susu atau membuat CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) kaedah rawatan pemulihan sistem jantung (cardio) dan paru-paru serta penafasan.
Ibubapa perlu menanyakan anak-anak apa yang berlaku di pusat asuhan setiap hari kerana ada sesetengah taska yang tidak mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa melepaskan geram pada anak-anak.
"Mengasuh anak-anak bukan senang, nak pula zaman ini mereka ketagih dengan gajet, anak-anak degil dan tak berdisiplin. Pengasuh perlu dilatih dengan tahap kesabaran yang tinggi dan mereka mestilah mempunyai kasih sayang terhadap anak-anak," katanya.
Kata Puan Zurina, lambakan pengasuh memang ketara tetapi ramai yang tak tahu, ada pengasuh taska di rumah yang setaraf profesional, ada ikuti kursus asas kanak-kanak dan tak kurang juga memiliki sijil dan permit membuka taska mengasuh di rumah dengan caj yang dikenakan juga sangat berpatutan.
Jangan terkejut ramai di kalangan profesional wanita yang menjadi suri rumah membuka pusat asuhan di rumah. Di samping diploma dan ijazah dari universiti, mereka juga memiliki sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengendalikan perniagaan pusat asuhan.
Ditanya mengapa dia membabitkan diri dan menubuhkan kelab di Rawang yang kini mempunyai 50 pengusaha pusat asuhan di rumah, Puan Zurina berkata "ramai pengusaha mengadu pelbagai masalah dan meminta khidmat nasihatnya untuk menguruskan taska ini".
"Bukan senang mengendalikan perniagaan ini. Sikap ibu bapa, anak-anak yang boleh
Sebagai contoh kata beliau lagi, pengasuh taska di rumah hanya dibenarkan menerima tiga hingga 9 orang saja di rumah. Kanak-kanak itu pula ada had umur dan jumlah pengasuh pula adalah seorang untuk tiga anak.
Kerjaya mengedalikan taska asuhan di rumah ini boleh menjana pendapatan yang lumayan dan suri rumah juga tidak perlu meninggalkan keluarga.
Sebagai contoh katanya, ada seorang pengusaha taska, Puan Suhaini Muhamad kini dibantu oleh kelab itu untuk membolehkannya menduduki peperiksaan pada bulan Oktober ini. Suhaini juga menjaga suaminya seorang Oku sambil berniaga.
Macam hari itu, ahli-ahli kelab ini berkumpul di pusat asuhan taska di rumah milik Puan Zurina untuk berbincang di samping membawa potluck untuk menjamu selera sesama mereka.
Jelas terlihat ikatan persahabatan yang erat di kalangan ahli-ahli dan di kelab inilah mereka menimba ilmu dan khidmat mempertingkatkan kemahiran mengasuh anak-anak kecil itu. Katanya, di kelab ini ahli-ahli akan membuat pelbagai aduan termasuk tempoh kerja yang sangat panjang. Umpamanya ada ibu bapa yang meninggalkan anak-anak di rumah pengasuh sehingga jam 9 malam sedangkan perjanjian asal, jam 6 petang.
Tiadanya komunikasi yang baik antara pengusaha dengan ibu bapa menyebabkan anak menjadi mangsa. Dengan adanya ilmu yang dikongsi itu, pengusaha ini lebih rilek dan meningkatkan imej pengasuh ke tahap profesional dan kerjaya yang lumayan.
Dengan hanya mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) dan Kursus Asuhan Permata (KAP) itu, pengasuh ini dibekalkan dengan ilmu keibubapaan, bertujuan memenuhi perkembangan menyeluruh, keselamatan dan kesejahteraan.
"Pengasuh ini juga dilengkapi dengan ilmu menangani kes bayi tersedak susu, membuat CPR dan kecemasan tertentu untuk memberi rawatan segera jika berlaku kes-kes kecemasan, malah pengasuh juga diajar untuk menyelesaikan masalah anak-anak yang tantrum (suka mengamuk), sajikan makanan berkhasiat, mendisiplin anak-anak".
"Malah berkat kerjasama antara ibubapa dan pengasuh taska asuhan di rumah, kami menjadi rakan kongsi yang baik dalam hubungan menjaga anak-anak, menjaga anak-anak memerlukan kesabaran yang tinggi, minat mendalam dan keikhlasan dalam menyayangi anak-anak tersebut".
Katanya lagi, "setiap pengasuh diwajibkan mengambil kursus KAP itu dengan harga RM900 seorang untuk tempoh selama 144 jam dan amali 40 jam atau 29 hari sepenuh masa. Manakala bagi kursus hujung minggu berlangsung dalam tempoh 4 bulan dan pengusaha taska asuhan ini perlu menduduki peperiksaan sebelum dibenarkan mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Peserta juga dibekalkan Modul Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata yang diterbikan oleh Bahagian Penerbitan UPM berharga RM100.
Selain itu, Puan Zurina yang juga exco Persatuan Pengusaha Taska Rumah Malaysia yang berpejabat di Shah Alam juga kerap mengadakan bengkel TNC.
Tujuan bengkel TNC adalah untuk mengketengahkan isu dan cara menetap bayaran asuhan.
1. Peraturan dalam taska.
2. Cuti Pengasuh Solusi jika anak-anak jatuh sakit dan sebarang kemalangan yang berlaku.
3. Teknik dan cara hubungan dua hala, komunikasi antara pengasuh dengan ibubapa.
3. Teknik komunikasi berhemah dan tertib dalam sesi soal jawab antara pengasuh dan ibubapa.
Puan Zurina berpesan bahawa ilmu yang dikongsi dalam kursus Asuhan Permata ini adalah sangat berharga, kepada semua peserta yang telah berjaya dan selesai menjalani latihan pratikal ini hendaklah mendaftar segera rumah asuhan.
PROBLEM KEWANGAN TERLIBAT
ReplyDeleteTerima kasih banyak Mr Walker untuk membuat impian saya datang. saya mendapat kad atm kosong dari beliau. Pada mulanya apabila saya melihat saya memberi komen mengenai dia saya hanya merasakan saya cuba melihat apakah perkara itu akan berubah untuk saya kerana saya seorang ibu tunggal dengan 2 anak. Saya menghubungi Encik Walker kerana nama yang sama dengan suami saya yang terdahulu saya mempunyai kepercayaan dan mengikut langkahnya, saya memerlukan sedikit bayaran untuk mendapatkan kad tetapi ia tidak lagi berterima kasih 5 hari saya mendapat kad saya dihantar ke saya di sini di Canberra , Australia. Dalam masa kurang dari dua minggu sekarang saya telah mengeluarkan wang tunai $ 12.000 dolar di mana-mana POS atau mesin ATM setiap hari mengeluarkan $ 600. Saya sangat gembira kini membayar bil saya dan cukup untuk makan dan menjaga anak-anak saya. Terima kasih Mr Walker Hubungi dia: blankatm002@gmail.com