Kotak pameran barang kemas yang dilelong. |
Notis lelongan. |
Harga yang ditawarkan untuk lelongan pilih barang kemas dan tulis harga yang anda hendak bayar |
RAWANG;
Oleh Kartini Noor
SAYA nak mewar-warkan satu bidang kerja yang sangat menarik untuk diterokai terutama bagi mereka yang banyak duitlah. Pernah tonton siri popular di Astro, Storage Wars atau lelongan barang-barang yang orang tertinggal di airport di seluruh dunia.
Rupanya kat negara kita ada jugalah. Cuma orang tertentu yang tahunya. Baru-baru ini saya diberitahu oleh kawan berkenaan lelongan barang-barang kemas yang tidak dituntut oleh pemiliknya. Maknanya, kita boleh membeli barang kemas dengan harga yang lebih murah berbanding dengan pasaran semasa.
Jika barang-barang kemas anda dipajak di Bank Pajak Gadai yang ni, di Ar-Rahnu, yang dimiliki oleh Bank Rakyat dan tidak ditebus dalam tempoh tertentu, selalunya selepas tujuh bulan. Barang kemas itu akan dipamerkan untuk jualan lelong.
Berkesempatan saya ke Ar-Rahnu di Selayang (sebelah restoran PakTam dan yang gelas besar tu) saya diperlihatkan koleksi barang kemas yang hendak dilelong tu. Cuma hari tu, ada dalam 10 set saja seperti cincin, rantai dan gelang yang dibuka untuk lelongan.
Caranya dengan kita membeli borang lelongan berharga RM5 daripada kaunter bank itu dan menawarkan harga yang mahu kita beli. Satu koleksi tiga utas gelang ditawarkan untuk dilelong hari tu, dengan harga permulaan RM20,000. Jika berminat kita bolehlah mencatatkan harga lebih sedikit daripada harga itu dan jika tiada saingan, pihak Ar-Rahnu akan menghubungi kita jika berjaya.
Malangnya, tiga utas gelang itu sudahpun dilocked oleh pemilik asalnya untuk ditebus balik dan tinggalkan beberapa utas saja rantai dan cincin untuk dilelong.
Apa yang menarik kita mempunyai dua pilihan untuk memiliki barang kemas itu, Satu bayar cash, kedua kita bayar peratus daripada harga lelongan itu dan kita diberi tempoh enam bulan untuk menebus barangan yang kita berjaya beli itu.
Harga barangan yang dilelong itu selalunya lebih murah daripada harga pasaran. Hari tu saya diberitahu, harga pasaran di Ar-Rahnu 10 peratus lebih murah daripada harga pasaran. Lebih kurang RM150 segram.
Bercerita fasal berniaga barang kemas ni kawan saya yang menjadi pelanggan tetap Ar-Rahnu ini memberitahu saya, dia beli barang-barang kemas ini untuk dijual secara main kutu dengan kawan-kawannya. Dia dah beberapa kali berjaya dalam lelongan itu dan yang dia suka sangat, sebab barang-barang kemas itu asli.
Malah setengah orang tu pula memborong barangan berkenaan dan menyimpannya untuk pelaburan peribadi. Maknanya, jika ada banyak yang dibeli itu, barangan berkenaan akan dilebur dan dijadikan barangan kemas yang baru.
Jika ada yang berminat anda boleh hubungi semua cawangan Ar-Rahnu dan bertanyakan tarikh lelongan itu. Selalunya, setiap hujung bulan dan ada notis akan ditampalkan di pintu masuk untuk mewar-warkan acara lelongan tu. Senyap dan anda serta pihak Ar-Rahnu jer yang tahu, anda sedang memborong barang kemas itu.
Ni tengah kempen simpan barang kemas kita dgn free tanpa fee |
Sebahagian kolesksi untuk dijual. |
Emas untuk tunai..slogan. |
Peti pameran. |
PROBLEM KEWANGAN TERLIBAT
ReplyDeleteTerima kasih banyak Mr Walker untuk membuat impian saya datang. saya mendapat kad atm kosong dari beliau. Pada mulanya apabila saya melihat saya memberi komen mengenai dia saya hanya merasakan saya cuba melihat apakah perkara itu akan berubah untuk saya kerana saya seorang ibu tunggal dengan 2 anak. Saya menghubungi Encik Walker kerana nama yang sama dengan suami saya yang terdahulu saya mempunyai kepercayaan dan mengikut langkahnya, saya memerlukan sedikit bayaran untuk mendapatkan kad tetapi ia tidak lagi berterima kasih 5 hari saya mendapat kad saya dihantar ke saya di sini di Canberra , Australia. Dalam masa kurang dari dua minggu sekarang saya telah mengeluarkan wang tunai $ 12.000 dolar di mana-mana POS atau mesin ATM setiap hari mengeluarkan $ 600. Saya sangat gembira kini membayar bil saya dan cukup untuk makan dan menjaga anak-anak saya. Terima kasih Mr Walker Hubungi dia: blankatm002@gmail.com
Bolehlah ar rahnu lelongkan barang tanpa sebarang notis atau makluman secara bertulis kepada pemilik asal?
ReplyDelete