Oleh Kartini Noor
BAU busuk tahi kucing memenuhi ruang udara di Medan Selera Buluh Kubu, di bandar Kota Bharu yang menjadi tumpuan orang ramai yang singgah untuk membeli pelbagai juadah di situ.
Medan selera Itu sudah berpindah randah daripada beberapa tempat sebelum ini, Ia kerap menjadi tumpuan orang luar terutama anak Kelantan yang balik kampung bercuti dan berurusan kerja.
Ini satu-satunya tempat yang menjadi nostalgia, pasar malam di tengah bandar bagi memenuhi selera makanan murah apabila bercuti di negeri itu.
Yang ni saya nak kata sungguh2 ni!...ini kalilah, bau busuk tahi kucing dan mungkin juga kencing haiwan itu benar-benar menusuk hidung kita. Pening kepala busuknya. Selain kawasan sekitarnya yang agak kotor dan tempat letak keretanya pula dipenuhi jalan berlubang dan berlopak air.
Dalam usaha untuk membuang kucing, gerai makan dan gerai menjual minuman sejuk, panas dan masakan siam yang dibuka seiring dengan peniaga menjual makanan seperti pasar malam itu menjadi pilihan tepat bagi bekas pemilik haiwan itu.
Bilangan kucing yang dibuang itu terlalu banyak dan berada di mana-mana. Anak-anak kucing bekeliaran, ibu kucing, kucing muda dan yang mengandung "sama naik" dengan pengunjung.
Hari pertama singgah sekejap saja sebab kami suka beli nasi kerabu kuning dan macam-macam juadah yang sedap dan banyak pilihan. Beli makanan dan makan di kedai berhampiran. Hari pertama kami beli dan makan di hotel.
Bau busuk "menangkap" deria hidung. Mula tu saya ingat alah biasalah tempat macam ni. Bau busuk yang agak teruk. Tahi kucing pula di merata tempat kerana kawasan itu berpasir dan ada batu kecil, memang sesuai dijadikan "tandas" oleh haiwan comel itu.
Oklah, hari kedua datang, saya sudah hampir menutup hidung kerana bukan saja bau tengik tu tapi kucing itu berkeliaran di sekeliling gerai dan "berbelit" di kalangan pengunjung.
Saya bukan marahkan kucing tu, cuma cara pengurusan kucing itu tak kena. Tak nak bela, dibuang ajer kat sini. Sebab ada sisa makanan yang banyak dan kemuliaan hati orang yang singgah makan minum di gerai itu, melontarkan sisa makanan membuatkan kucing menjadikan tempat itu sebagai rumah mereka.
Saya tengok ada beberapa pasangan pelancong Mat Salleh singgah macam nak membeli makanan tetapi mereka cepat-cepat berlalu dari situ. Mungkin mereka tak tahan dengan bau. Bagi peniaga di situ dah alah bisa tegal biasa. Saya pula kempas kempis tutup hidup dan berjalan sambil mata melilau, takut terpijak tahi kucing.
Saya percaya jika tidak diambil tindakan yang betul, Medan Selera
Buluh Kubu, ini akan makin tak dikunjungi. Sebabnya, dah sekarang peniaga pun tak ramai walaupun musim cuti sekolah. Tambahan dengan adanya kucing terbiar ini, lagilah susah orang nak datang makan dan minum.
Iyolah sapa yang tahan hidung makan bersama bau busuk tahi kucing yang memenuhi ruang udara. Makanan yang sedap pun macam dicemari bau tahi kucing. Gelilah!.....
No comments:
Post a Comment