19 February 2019

Perarakan Pengantin Poligami

RAWANG
Oleh Kartini Noor



SEBAIK melangkah masuk ke gerbang perkahwinan, pasangan ini disambut oleh isteri tua - pertama, kedua atau ketiga. Salam dihulur tangan bertaut erat, saling berpelukan manja seperti lama tidak berjumpa, kerinduan terpancar di wajah. Sinar mata tanda gembira,

Mereka melangkah gagah dengan sang suami mendahului jalan. Laluan agak sempit bila orang ramai berpusu-pusu untuk mengambil gambar. Jika mereka berlima yang tua memberi jalan kepada adikmadu untuk berada di depan.

Ini adalah pemandangan yang saya saksikan sendiri. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, asyik saya bila melihat di kalangan madu-madu ini, bagaikan satu hati dan tautan jiwa untuk berkongsi kasih atau lebih kurang dua hingga empat wanita redo memiliki satu suami.

Dengan diiringi paluan kompang, bungga manggar, pembawa telor semangat dan pengantin diarak dalam kereta kuda mengetuai perjalanan pada pagi itu, pengantin berpakaian berwarna-warni memasuki khemah gergasi disaksikan jutaan penonton dalam dan luar negara.

Selesai disambut dan berpimpin mesra ke ruang legar yang disediakan, pengantin itu diaminkan doa, dihiburkan dengan pencak silat yang kerap menjadi acara menepung tawar pengantin. Mereka kemudian bergambar beramai-ramai sebelum dijemput memotong kek pengantin dan dijamu makan tengah hari.
Ahli keluarga pengantin dan penonton juga dijamu makan tengahhari. Dalam acara yang berlangsung selama empat hari itu, kira-kira 1,000 hidangan diperuntukkan setiap hari ini.

Ia juga disiarkan secara langsung oleh TV Ikhwan yang disalurkan ke seluruh dunia termasuk Indonesia, Thailand, Singapura, Arab Saudi, Turki, Jordan, Mesir, United Arab Emirates, Australia, Perancis, United Kingdom, Jerman dan China.
Di Malaysia Gisb mempunyai rangkaian di 14 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan.

Jika biasanya, bila suami berkahwin lain, selalunya dibuat secara sembunyi-sembunyi. Paling tidakpun, lelaki ini pasang isteri yang tidak kenal siapa madu dan anak-anaknya. Lelaki begini sebenarnya tidak berkemahiran dalam memenuhi tuntutan batin dan menundukkan hawa nafsu isteri-isterinya.

Bukan satu, tetapi lebih kurang 17 pasangan pengantin poligami dan monogami diraikan tahun ini. Perarakan pasangan itu dilakukan sempena Karnival Kemerdekaan ke-61 yang berlangsung penuh gemilang di Celebratin Mall, Fasa 9, Bandar Country Homes Rawang Selangor.

Dalam ramai-ramai yang diarak itu, bilangan pasangan poligami remaja juga semakin meningkat tahun ini. Ada yang baru saja berpoligami dalam dua minggu sebelum diraikan dalam apa yang diungkapkan oleh pengacaranya sebagai majlis perkahwinan beramai-ramai yang indah dalam sejarah moden.


Bila diraikan dalam majlis penuh gilang gemilang itu, Gisb mempunyai wawasan untuk menonjolkan bahawa konsep poligami ni boleh dilakukan apabila suami dibekalkan dengan kempimpinan rumahtangga yang terbaik dari segi personaliti dan kefahaman agama.

Selain itu, majlis bersanding beramai-ramai ini juga menjimatkan perbelanjaan dan kami akan menonjolkan bahawa prasangka masyarakat terhadap hidup berpoligami ini sangat baik jika dilakukan atas asasn agama - mencari keredoaan Allah dan sebarkan sunnah Rasulullah.
Untuk pengetahuan semua semua ahli lembaga pengarah Gisb berpoligami dan daripada 1,514 keluarga - 431 daripada keluarga Gisb adalah berpoligami.

Gisb Holdings adalah syarikat bumiputera Islam yang diasaskan oleh Ustaz Ashaari Muhammad yang bertujuan membangunkan cara hidup Islam di dalam seluruh aspek kehidupan termasuk pendidikan, kebudayaan, ekonomi, penternakan, perdagangan dan pelancongan ke seluruh dunia.
Asasnya dalam membangunkan sistem kehidupan Islam ini dengan menjadikan Allah SWT sebagai cinta agong sehingga dicintai dan ditakuti serta menjadikanNya sebagai pendorong untuk berkhidmat dan memberikan manfaat sebanyak-banyaknya kepada manusia.

Seperti yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW "sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling banyak memberikan manfaat kepada manusia yang lainnya."

indahnya Makkah dan Madinah