06 July 2019
Shopping di Makah
Cenderamata masa di Makkah memang cantik dan murah. Jauh lebih murah berbanding dengan apa yang dijual di KL.
Kebanyakan barangan perhiasan yang memang menarik perhatian wanita. Kata Mutawif kami berbelanjalah berpada-pada di Makkah kerana ia akan membantu ekonomi penduduk di dua kota suci Islam itu.
Saya beli juga untuk dihadiahkan kepada sedara mara dan anak-anak. Walaupun tujuan kita berada di Makkah dan Madinah untuk beribadat jangan bimbang jika ada duit belanjalah, Semua untuk menghidupkan ekonomi dua kota tu.
ni dalam 50 semuanya |
Ini pun cantik. |
Shopping compleks |
duit diorg pegang main-main jer tu |
CACAT
Ini hadiah anak yang mahu saya berkerusi roda untuk dia bawa saya dengan selesa dan lancar |
Pakcik ni mohon jangan dilanggarnya. |
Bayangkan cara dia berjalan tu
KETIKA kita rasa tidak berdaya untuk menunaikan kerja umrah, Allah SWT menunjukkan pada saya sekelompok umatnya yang hebat dan gagah berani dengan semangatnya yang jitu untuk melakukan tawaf.
Tanpa dua kaki seperti kita, mereka berjalan menggunakan tangan, mengesot dan berjalan di celah puluhan umat Islam yang lain tanpa bimbang dan ragu2 akan dipijak atau dilanggar.
Satu keindahan di depan mata, saya saksikan mereka yang cacat ini melakukan tawaf bersama-sama saya yang ketika itu berkerusi roda atas permintaan anak supaya kerana dia bimbang saya keletihan sangat ketika melakukan tawaf sunat.
Kami berjalan buat pusingan perlahan-lahan sebanyak tujuh kali dan dalam masa itu, terserempak dengan mereka ini yang seakan mereka mahu bercerita pada saya.
Ayuh jangan gusar kerana kami cacat tak perlukan kerusi macam kamu. Antara sayu dan malu serta bangga saya mengukir senyuman pada insan-insan bertuah ini.
Malah sepanjang berada di kota suci ini, kerap kali terserempak dengan wanita mungkin dari India dan Pakistan yang lanjut usianya. Sesetengahnya sudah bongkok belakang tetapi macam tak percaya kaki dan tenaga mereka sangat kuat menghayun langkah seperti kami.
Bersolat sambil duduk berlunjur kaki, atas kerusi dan sambil bersila menongkah kaki di lantai, tangan tak pernah putus membilang buah zikir.
Satu keindahan yang Allah SWT sajikan pada saya dan sekaligus menjadi pengajaran bahawa menunaikan Umrah dan Haji ini adalah satu anugerah Allah untuk kita.
Bersolat di Masjid Nabawi dan Masjidilharam itu moment indah kita dengan penghulu agama kita dan pemilik dunia akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Kotak pameran barang kemas yang dilelong. Notis lelongan. Harga yang ditawarkan untuk lelongan pilih barang kemas dan tulis harg...
-
KELANTAN Oleh Kartini Noor BAU busuk tahi kucing memenuhi ruang udara di Medan Selera Buluh Kubu, di bandar Kota Bharu yang menjadi ...
-
RAWANG : Kartini Noor I NGATKAH lagi kisah bayi lapan bulan yang dibunuh dan dibekukan oleh dua pengasuhnya di Gombak beberapa bulan l...