29 July 2018

Rindukan KL.




KUALA LUMPUR, 27 Julai, 2018.

ANDA rindukan Kuala Lumpur. Anda pernah berada di dalam lautan kehidupan di Kota Metropolitan ini. Anda memilih untuk meninggalkan kotaraya ini kerana bertukar tempat kerja, bersara, tamat belajar, berhenti kereja atau pindah balik ke kampung untuk bersama keluarga tersayang.

Apapun yang anda lakukan, jauh di sudut hati anda, pastikan sesekali anda rindukan Kuala Lumpur. Dengan kesesakan kereta yang menjemukan, hirukpikuk penduduknya, keindahan neon waktu malamnya atau berhibur bersama teman-teman ketika bergembira.

Sepertimana anda, saya datang ke Kuala Lumpur tika usia 21 tahun. Menyambung tugasan sebagai wartawan muda yang tak cukup ilmu dan jauh sekali pengalaman. Hidup 17 tahun yang penuh pancaroba kerana di sini saya bukan kutip pengalaman sebagai Jurnalis tetapi juga menjadi wargakota yang penuh dengan asam ragam.

Pernah tu saya pulang enam tahun ke Kelantan dari 1999 cuba menjadi orang yang tidak punya apa-apa pencapaian dalam hidup tetapi saya tak boleh menipu diri. 

   Saya rindukan KL, bina kehidupan, jatuh bangun dan luka di hati tetapi kota ini menggamit rindu saya pada lampu neonnya, kehidupannya, makanannya, shoppingnya dan segala-galanya mengenai bandaraya yang indah tetapi "kejam".

   Ramai yang tewas dan menyerah kalah dan meninggalkan kota seribu kenangan kerana berada di tengah kotaraya ini peluang untuk segala-gaka kehidupan terbuka luas tetapi kita yang kena usaha sesuaikan diri untuk menjadi warganya.

Lembah Klang dari Post Peninjau Ampng
Nah bagi anda yang rindukan KL..tatapkan sedikit gambar keindahan KL.
Green Grocery di tengah KL



















Kondo Sarang anai-anai.

Republika.


Tol Jalan Duta.

Jalan Tar selepas 8malam.
                                                        
                                                         







27 July 2018

Kelab Siti Khadijah anjur Kelas Solat Sempurna (wanita).

Rawang: Bacaan khusus untuk kaum wanita.

BAYANGKAN  diri kita dalam neraka. Gigi kita saja digambarkan sebesar Gunung Uhud. Tebalnya lapisan kulit badan yang dibakar oleh api neraka jahanam tu menelan masa seolah-olah beberapa hari perjalanan menaiki unta. Ketika itu cuba gambarkan saiz badan manusia yang ditempatkan dalam neraka. Seksa dan sakitnya tak terperi dan kita tak pernah mati lagi. Selama-lamanya hidup dan menerima apa juga balasan yang kita lakukan di dunia.

Bayangkan berapa lama kita dibakar tu, Seinci kulit yang dibakar memakan masa sangat lama dan bila habis terbakar, kulit kita balik ke asal dan begitulah sehingga dosa diampun dan kita kemudian ditempatkan ke dalam syurga.

Perjalanan hidup kita sudah diberikan panduan. Asasnya kita diwajibkan solat. Mendirikan solat hendaklah dilakukan walaupun ketika kita sedang nazak. Namun ramai yang tidak takut dengan balasan api neraka ni semata-mata sikap remeh temeh kita terhadap garis asas menunaikan solat itu.

Tulah kita selalu dengar ada orang solat kerana takutkan suami, ikut kawan-kawan, malu depan rakan sepejabat dan sesetengah tu berani  memberi alasan Oh sudah solat tadi di rumah atau di masjid dan yang teruk sekali Oh saya datang bulan!...

Tenaga pengajar dan pengasas Kelas Solat Sempurna, Mama Ina berkata, "hasratnya untuk menganjurkan kelas solat ni kerana ingin berkongsi ilmu, pengalaman, buah fikiran dan dakwah yang diturunkan oleh pendakwah terkenal, Ustazah Nawirah Binsmith yang mahu membimbing ibu-ibu untuk mendirikan solat khusyuk dan benar-benar menepati solat yang sempurna".

"Isu yang membatalkan solat kita sangat banyak. Contohnya, masalah keputihan yang melekat di seluar dalam kita sudah boleh membuatkan solat kita tidak sah. Sebab tu wanita digalakkan memakai panty liner supaya bila nak solat kita boleh tanggalkan kotoran ni sebelum ambik wuduk.

"Tu belum kita melewat-lewatkan waktu solat. Bila dah dalam wuduk kita boleh gi buka tv, tengok drama dan main handpone. Ambil wuduk yang khusyuk juga membuatkan solat kita lebih khsuyuk," katanya yang memulakan kelas solat dan mewujudkan Kelab Siti Khadijah.

"Saya akan mengadakan bengkel satu dua hari dalam seminggu dengan Ustazah Nawirah dan segala ilmu tentang solat dan yang berkaitan dengannya akan saya salurkan kepada ibu-ibu sebab kami mahu semua ibu terbabit ni termasuk dalam sahabat ke syurga dan menyertai kumpulan Isteri Junjungan Baginda Nabi Muhamad Saw di syurga nanti.

"Kita semua akan saling berkongsi rahsia menjadi wanita kesayangan Allah SWT kerana bila kita abaikan perkara-perkara sah solat tu tidak menjadikan kita tidak tinggal solat tu terus dapat masuk syurga. Ada yang bersolat sepanjang hidupnya, tapi akhirnya solatnya tak diterima dan menjadi penghuni  neraka.

"Sebab tu kita kena belajar melakukan solat yang sempurna dan ingat kita solat tetapi jika kita tidak melakukan  kewajipan lain seperti bersedekah, memberi makan pada anak-anak yatim yang termasuk ada keluarga tetapi tidak mampu mendapatkan makanan, sia-sia saja kita bersolat," katanya.

Kata Mama Ina kelas tu nanti akan mendedahkan secara terperinci pengertian solat lima waktu dan solat sunat. Wanita diminta menjadikan istilah solat ni sebagai dating with Allah SWT. Caranya, ialah dengan memastikan diri dan wajah yang sentiasa bersih sempurna dan niat serta sentiasa teruja untuk menunaikan solat kerana masalah solat itulah kesempatan kita berdoa dan mengadu masalah.


 
               Mama Ina memberi kata-kata aluan sebelum bermulanya kelas.

bila nak solat telekong jadi masalah, pakaian begini sudah cukup baik untuk bersolat jangan lupa stokin dan sarung tangan.


Kartini Noor
bududerian@gmail.com











21 July 2018

Homestay di Pekan

Okay jika anda ke bandar Pekan untuk apa juga urusan seperti urusan perkahwinan, mesyuarat, berlibur atau saja-saja singgah secara kebetulan untuk bercuti di Kuantan. Saya nak cadangkan homestay yang sesuai untuk dihuni sementara berada di sini.
Homestay ni milik salah seorang kerabat diraja Pahang, asalnya rumah rehat pegawai kerajaan. Bagaimana setelah dibeli oleh salah seorg bergelar tengku, kediaman ini diubah suai dengan suasana seperti " istana kecil" untuk orangramai tinggal sepanjang berada di Pekan. 
Harga homestay ni lebih kurang RM300. Ada tiga bilik yang sangat luas, lengkap dengan penghawa dingin dan tempat parking kereta yang luas.
Ada tiga bilik- setiap bilik lengkap tandas sendiri. Biliknya memang selesa betul, lapang dan jika datang dalam beberapa keluarga pun kediaman ni masih boleh menampungnya. 
Ada dua ruang tamu dan ruang famili berkumpul. Meja makan untuk enam orang dan yang seronoknya banyak barang cenderahati dari pihak istana menghiasi kediaman ini.
Restoran ala Thai ada di sebelah homestay ni. Kalu rajin ruang dapornya memang luas. Lengkap peti sejuk, ketuhar dan pinggan mangkuk serta cara tuan rumah meraikan anda dengan menyediakan ais batu, gula dan tempat memasak, saya jamin anda tak lapar.
Kami datang dalam 9 orang, dua kereta. Saya sekeluarga lima orang termasuk mentua dan nantu juga 4 orang. Tinggal di sini seolah-olah anda balik ke rumah sendiri... berbual-bual di ruang famili dan dua tiga biji almari yang lengkap dengan majalah Anjung Seri dan dekoration menjadikan hari saya penuh bermakna.
Cuma satu saja mungkin untuk peringatan, kami terpaksa kawal semua pasu yang cantik2 dan perhiasan kaca yang dipamerkan " naik" duduk di meja makan sebab dua cucu terutama yang sulong tu suka berlarian dalam rumah dan yang kecil seusia lapan bulan tengah aktif merangkak dan berjalan. 
Habis ditariknya kain alas meja, risau juga takut dikena gantirugi, mahal weh barang dari istana yang dibawa ke sini..











Kartini Noor
bududerian@gmail.com

indahnya Makkah dan Madinah