BAYANGKAN diri kita dalam neraka. Gigi kita saja digambarkan sebesar Gunung Uhud. Tebalnya lapisan kulit badan yang dibakar oleh api neraka jahanam tu menelan masa seolah-olah beberapa hari perjalanan menaiki unta. Ketika itu cuba gambarkan saiz badan manusia yang ditempatkan dalam neraka. Seksa dan sakitnya tak terperi dan kita tak pernah mati lagi. Selama-lamanya hidup dan menerima apa juga balasan yang kita lakukan di dunia.
Bayangkan berapa lama kita dibakar tu, Seinci kulit yang dibakar memakan masa sangat lama dan bila habis terbakar, kulit kita balik ke asal dan begitulah sehingga dosa diampun dan kita kemudian ditempatkan ke dalam syurga.
Perjalanan hidup kita sudah diberikan panduan. Asasnya kita diwajibkan solat. Mendirikan solat hendaklah dilakukan walaupun ketika kita sedang nazak. Namun ramai yang tidak takut dengan balasan api neraka ni semata-mata sikap remeh temeh kita terhadap garis asas menunaikan solat itu.
Tulah kita selalu dengar ada orang solat kerana takutkan suami, ikut kawan-kawan, malu depan rakan sepejabat dan sesetengah tu berani memberi alasan Oh sudah solat tadi di rumah atau di masjid dan yang teruk sekali Oh saya datang bulan!...
Tenaga pengajar dan pengasas Kelas Solat Sempurna, Mama Ina berkata, "hasratnya untuk menganjurkan kelas solat ni kerana ingin berkongsi ilmu, pengalaman, buah fikiran dan dakwah yang diturunkan oleh pendakwah terkenal, Ustazah Nawirah Binsmith yang mahu membimbing ibu-ibu untuk mendirikan solat khusyuk dan benar-benar menepati solat yang sempurna".
"Isu yang membatalkan solat kita sangat banyak. Contohnya, masalah keputihan yang melekat di seluar dalam kita sudah boleh membuatkan solat kita tidak sah. Sebab tu wanita digalakkan memakai panty liner supaya bila nak solat kita boleh tanggalkan kotoran ni sebelum ambik wuduk.
"Tu belum kita melewat-lewatkan waktu solat. Bila dah dalam wuduk kita boleh gi buka tv, tengok drama dan main handpone. Ambil wuduk yang khusyuk juga membuatkan solat kita lebih khsuyuk," katanya yang memulakan kelas solat dan mewujudkan Kelab Siti Khadijah.
"Saya akan mengadakan bengkel satu dua hari dalam seminggu dengan Ustazah Nawirah dan segala ilmu tentang solat dan yang berkaitan dengannya akan saya salurkan kepada ibu-ibu sebab kami mahu semua ibu terbabit ni termasuk dalam sahabat ke syurga dan menyertai kumpulan Isteri Junjungan Baginda Nabi Muhamad Saw di syurga nanti.
"Kita semua akan saling berkongsi rahsia menjadi wanita kesayangan Allah SWT kerana bila kita abaikan perkara-perkara sah solat tu tidak menjadikan kita tidak tinggal solat tu terus dapat masuk syurga. Ada yang bersolat sepanjang hidupnya, tapi akhirnya solatnya tak diterima dan menjadi penghuni neraka.
"Sebab tu kita kena belajar melakukan solat yang sempurna dan ingat kita solat tetapi jika kita tidak melakukan kewajipan lain seperti bersedekah, memberi makan pada anak-anak yatim yang termasuk ada keluarga tetapi tidak mampu mendapatkan makanan, sia-sia saja kita bersolat," katanya.
Kata Mama Ina kelas tu nanti akan mendedahkan secara terperinci pengertian solat lima waktu dan solat sunat. Wanita diminta menjadikan istilah solat ni sebagai dating with Allah SWT. Caranya, ialah dengan memastikan diri dan wajah yang sentiasa bersih sempurna dan niat serta sentiasa teruja untuk menunaikan solat kerana masalah solat itulah kesempatan kita berdoa dan mengadu masalah.
Mama Ina memberi kata-kata aluan sebelum bermulanya kelas.
bila nak solat telekong jadi masalah, pakaian begini sudah cukup baik untuk bersolat jangan lupa stokin dan sarung tangan.
Kartini Noor
bududerian@gmail.com
No comments:
Post a Comment