09 September 2018

Ku hadapkan mukaku kepada yang mencipta langit dan bumi Kelab Solat Khadijah Kuwailid

RAWANG

Oleh Kartini Noor


AKU hadapkan muka ku kepada yang mencipta langit dan bumi. Sempurnakan ungkapan ini. Tahukan kita doa ini kita lafazkan setiap hari, lima kali sehari iaitu ketika kita membacakan doa iftitah setiap kali hendak solat.

   Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Maha suci Allah siang dan malam. Maka aku hadapkan muku kepadaMu, Pencipta Langit dan Bumi. 

   Ayat pertama kita sudah mengucapkan kebesaran Allah - Allahuakhbar Kabiraw wahamdulillahi katiran dan wasubhanallahi bukratan wassila. Puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. 

    Jika kita sedang membaca doa ini sambil mengingati erti setiap bait-bait doa ini dibacakan, hati dan seluruh fokus kita adalah "berbicara", merintih dan memohon bantuan kepada Allah setiap masalah yang melanda kita.

   Maha suci Allah siang dan malam. Sekali lagi, kalaulah kita semua faham hebatnya solat ini, mana mungkin kita mahu melengah-lengahkan waktu solat kerana Allah sedang menunggu untuk mendengar bualbicara kita.

Tika setiap lima minit wanita di negara jiran bertukar agama. "membuang" agama Islam kepada agama lain, alangkah ruginya kita tidak teguh pegangan dan iman di dada kerana kita meringankan solat.

Pengasas Kelab Solat Khadijah Kuwailid, Hajah Zarina Sharif @ Mama Ina, berkata wanita terutama di akhir zaman ni kena kuat iman kerana golongan inilah yang menjadi sasaran orang Yahudi untuk menjadi pengikut mereka.

 Kita perlu teguh pegangan kerana kita bimbang dengan fitnah yang hebat mencabar umat Islam sekarang, kita akan terperangkap dengan tipudaya puak yang mahu kita sesat dan berpecah.

   "Pilihkan syurga mana yang kita mahu Vvip, Vp, bisnes clas atau ekonomi. Sementara ada hayat ni, sangat penting kita perbaiki diri kita, lengkapkan iman dengan menjauhi perbuatan mengumpat, menfitnah dan bersifat dengki," katanya.

Kita mahu wanita Kelab Khadijah Kuwailid ni, setiap masa saling mengingatkan satu sama lain. Sentiasa bantu sesama kita macam kita berjanji di dunia ni untuk tarik kawan-kawan untuk bersama-sama ke syurga.

   Ingatkan kita sudah berjanji akan berusaha untuk menjadi wanita kesayangan Allah dan berdoa setiap saat agar kita semua bertemu di singahsana, berkumpul bersama penghulu wanita kita, isteri junjungan Nabi Muhamad.

Doa Iftitah ini adalah satu-satunya cara kita memulakan solat dengan menundukkan diri kita,  meminta Allah menerima doa kita semua.

   Kerana Sesungguhnya solatku/ibadatku, sembahyangku, hidup dan matiku, ku serahkan kepada Allah.
 - Inna solati manusuki wamah yaya wamamati lillahirabbil alamin.

Bacaan doa iftitah NU

اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً. إِنِّىْ وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَالسَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ. إِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. لاَشَرِيْكَ لَهُ وَبِذلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ.

Allaahu Akbaru kabiiraw-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.

Innii wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina.

Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina.

Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiina.

Artinya:

Allah Maha Besar dengan sebesar-besarnya. Segala puji yang sebanyak-banyaknya bagi Allah.

Maha Suci Allah pada pagi dan petang hari.

Aku menghadapkan wajahku kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi dengan segenap kepatuhan dan kepasrahan diri, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang menyekutukan-Nya.

Sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepunyaan Allah, Tuhan semesta alam, yang tiada satu pun sekutu bagi-Nya.

Dengan semua itulah aku diperintahkan dan aku adalah termasuk orang-orang yang berserah diri (muslim).

Mama Ina berkata sehebat-hebat ,manusia adalah apabila dia bersujud di lantai adalah kemuncak manusia membuang semua egonya dan mereka hanyalah hamba kepada Allah san manusia itu semua setaraf sama dan dan ketika "berbicara" dengan pencipta langit dan bumi ini, mintalah supaya Allah SWT menerima solat dan hidup mati kita dirahmati.
Sehubungan itu, katanya, wanita janganlah mencari alasan untuk tidak bersolat kerana pakaian yang digayakan oleh wanita muslim sebenarnya sudah cukup syarat.

Seelok2nya, bawalah stokin dan sarung tangan dalam beg. Jika kita boleh bawa beg mekap, sarung tangan dan stokin bukan masalah besar.

Cara untuk membeli stokin adalah penting, Pilih stokin yang agak tebal kerana stokin nipis dan nampak kaki tidak sah digunakan.

Molek juga setiap wanita memakai stokin kerana kaki kita juga aurat dan kalu kita tetiba nak bersolat di mana-mana saja terutama di R n R kita tak perlulah berebut telekong atau menggunakan telekong yang berbau.

Pastikan pakaian kita menutup aurat, bersih dan selalunya bila kita niat memakai baju dan seterusnya akan digunakan untuk bersolat, minda kita terus mengingatkan kita untuk berhati-hati.


No comments:

Post a Comment

indahnya Makkah dan Madinah