Oleh Kartini Noor
Saya sekadar menulis dari kaca mata saya dan saya tidak mengalakkan poligami kerana aturan kehidupan poligami yang saya papar ini unik dan mereka ada cara tersendiri.
INI adalah gambar-gambar yang sempat saya raka, sempena Pertandingan Memasak Poligami, bertajuk Poligami Itu Indah.
Acara ini adalah antara aktiviti utama anjuran Gisb Holdings Sdn Bhd, setiap tahun. Kali ini ia dianjurkan sempena Karnival Kemerdekaan ke -61 yang berlangsung di Celebration Mall, Fasa 9, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.
Seramai 14 keluarga poligami mengambil bahagian dan mereka menyediakan hidangan minum petang. Semua sajian itu disediakan secara harmoni oleh suami dan madu-madu yang dipanggil adikmadu dan kakak madu, adikkakak hakiki dunia akhirat.
Semua dilakukan secara santai, sempoi dan masing-masing riangria menyediakan sajian. Sesekali suami tolong dan masing-masing tolong menolong, senyum terpancar sepanjang sejam setengah disediakan.
Ini untuk membuktikan bahawa kehidupan berpoligami boleh dijayakan dengan baik jika semua faham peranan dan fungsi mereka sebagai madu sulong, kedua dan ketiga.
Saksikan gambar-gambar yang tidak menipu.
No comments:
Post a Comment