25 June 2019

Perjalanan antara Madinah ke Makkah


 PERJALANAN kami berempat bersama puluhan lagi jamaah Umrah kelolaan Syarikat Andalusia diteruskan dengan menaiki bas ke Makkah. 

Menuju Masjidilharam selepas solat Zohor dan selesai kami mengucapkan selamat tinggal kepada baginda junjungan Nabi Muhamad Saw dengan mengunjungi makamnya, di Masjid Nabawi. Satu kewajipan untuk memberitahu baginda kita akan berangkat ke Makkah. Ini tanda hormat dan kasihsyg.

Seribu satu rasa. Sedih tu tak boleh nak cakap sebab sepanjang hayat saya 55 tahun hidup di alam fana ini. Inilah kali pertama saya berada di masjid milik junjungan kami. Berada di sini seolah waktunya sangat singkat. Apapun jika tu adalah jadualnya kami kena akur. 

Lama juga kami berada di Makam Nabi. Anak-anak lelaki saya paling beruntung dapat masuk dekat dan solat yang lama dan selesa di sebelah Makam Nabi. 

Saya sekali saja dapat masuk Raudah tapi dapat buat solat sunat, solat taubat dan solat ketiga, saya dah lupa namanya. Saya bantu seorang ibu dari Melaka menaiki kerusi roda. Jadi dengan saya sekali, ambil peluang untuk bersolat lama-lama di sini. 

Sebaik menaiki bas dan mengucapkan selamat tinggal kepada peniaga di hotel tempat tinggal kami, perjalanan bas kami melalui gurun padang pasirpun bermulalah selama lima jam lebih. Jika menaiki keretapi laju, mungkin dalam dua tiga jam sahaja. 

Perjalanan yang bukan mudah. Lebuhrayanya lebar dan jarang selisih kereta. Bersama perjalanan ni kami melafzakan Laibaikallahulabaik....kami datang kepadaMu ya Allah. Emosi saya lebih kepada menggamit memori kisah perjuangan Rasullullah menyebarkan agama Islam. 

Saya bayangkan betapa malam yang sejuk, baginda melangkah perjalanannya dari Makkah ke Madinah. Berselimutkan langit dan berpanas terik di gurun yang gersang, Pokok yang ada hanya kecil dan macam rumput rampai dalam laut. Sesekali melambai-lambai ditiup bayu. 

Batu-batannya berwarna hitam seaakan diseliputi minyak tar dan kiri kanan batu, pasir dan nun sesekali adalah gunung ganang kering kontang dan sesekali terjumpa kawasan perkampunngan. 

Mungkin penternak unta buat tempat persinggahan ketika melayan haiwan itu meragut rumput. Malah mutawif kami, Ustaz Alam Syah berkata, ada kawasan untuk berehat-  sebab ada penumpang bas dah tak tahan nak ke tandas tapi air pula yang takde.

 Rasa macam lalui kawasan koboi pun ya. Setesen minyak dan RnR yang terbiar. Tinggalan runtuhan saja dan ada sampah sarap yang tidak dipunggut. Pokok kering bergolek2 ditiup angin kuat dan sayang sungguh sebab air, tempat begini tidak maju. Sesekali saya macam "pelik" boleh takde air begini. 

Kami akhirnya singgah makan malam dan solat maghrib di suatu tempat yang jadi tumpuan semua penghijrah. Bila berpuluh bas sampai, bayangkan berebutnya kami nak gunakan tandas dan solat maghrib.

 Sebelum itu ada satu kejadian yang mungkin menghampiri pada nahas jika semua tertidur. Ini kerana sampai di satu tempat tu, bas yang dipandu oleh drebar muda dikatakan berhoyong-hayang di tengah2 lebuhraya. Nasib baik ada seorang penumpang dari belakang tiba-tiba menjerit. 

"Hey tolong kejutkan pemandu, naper bas ni terhoyong-hayang ni." jeritnya dari kerusi belakang. Saya apalagi tak jadi nak lelapkan mata. Serba tak kena. Nasib baik bas tak masuk gaung kat situ. Kata pemandu tu, angin lintang tapi jika dilihat pada lebuhraya tu. 

Dahlah lebar, lurus jalan itu boleh membuai pemandu jika lalai. Tambahan dia seorang  memandu sejak dari Madinah. Bila dah bising-bising begitu, semua orang jadi lebih peka dan pemandu pun mula lebih berhati-hati.

Apapun kami selamat sehingga tiba di tempat yang menyediakan makan  malam kami. Saya kira nasi arablah kot. 

Ada dua paha ayam dan seekor ikan talapia!...hahaha bila berjauhan dari rumah ikan itu dah jadi macam lauk yang paling enak dijamah beserta nasi sedulang yang kami rasanya ngam-ngam cukuplah. 

Tapi kalu ada tambahan mau kami sapu bersih nasi tu. eyamb solat dan selepas itu terus berangkat menunju ke Makkah. Kami sampai malam dan kilauan neon dan lampu malam malam menyambut kedatangan kami.



Affiq botakkan kepala selepas selesai tawaf 


Ini batu permata. Saya tak beli sebab dah malam.

Encem anak saya ni

Lembayaung senja menyambut kami.

Nilah tinggalan kawasan kerana air takde

Sampah sarap tak di[punggut.


Restoran makan malam kami.


Dia datang umrah sendirian.

Tengok ni. Mahal betul ikan Talapia.

terbiar gitiu saja


dekat Makam Nabi.


Tempat solat sampai kat sini saja. kata Affiq.


Affiq yang teruja dipanggil haji..haji.




Saya pakai baju di luar untuk elakkan pakaian umrah serba putih jadi kotor.







gersang dan kering kontang. satu pengajaran yang hebat


Kiri kanan kering.


















No comments:

Post a Comment

indahnya Makkah dan Madinah