BERMULA dengan minat untuk menjadi jurumekap percuma kepada rakan-rakan pasukannya ketika menyertai pertandingan tarian di sekolah, akhirnya, Nilam Sari Omar Baki, 49, kini muncul sebagai warga kebanggaan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Lok Yuk Kudat, sebagai pengeluar produk kecantikkan yang terkenal di negeri bawah bayu itu.
Mengakui melalui pengalaman manis masa remaja, Nilam Sari mengambil keputusan melanjutkan pelajarannya di Pusat Latihan Belia Negara Peretak (PLBP) di Kuala Kubu Baru, Selangor untuk mendalami bidang seni solekan dan melalui banyak cabaran sebelum berjaya membuka kilangnya sendiri.
Kata Nilam Sari, selepas bertahun menimba pengalaman dan kemahiran, dia beranikan diri membuka kilang itu untuk mengeluarkan produk penjagaan kulit atas jenama sendiri - Klarissa Universal Beauty
Nilam Sari kini boleh berbangga dengan produk kecantikan keluarannya termasuk Perfecting Moisturiser Cream, Whitening Liquid Face Wash, Moisturiser Liquid Face Wash dan Repairing Treatment Toner.

Semua bahan-bahan yang digunakan dalam produk keluarannya adalah halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Nilam Sari berkata, bahan-bahan yang digunakan dalam produknya adalah hasil tumbuhan semulajadi termasuk beras, sengkuang, madu, lemon dan buah-buahan tempatan.
"Strategi menggunakan bahan-bahan semulajadi ini adalah gabungan idea yang diberikan oleh rakan-rakan sekerja," katanya dalam satu pertemuan eksklusif di pejabatnya, baru-baru ini.
Bekas graduan tahun 1985 tu, berkata dia bersama 25 tenaga pelatih dari seluruh semenanjung dilatih dan dibimbing dalam pelbagai kemahiran di bidang seni tatarias dan solekan. Sebaik menamatkan latihan, Nilam Sari memilih untuk pulang ke bandarnya untuk memulakan kerjanya.
Dia diberi tawaran bekerja di sebuah studio kecantikan di Kota Kinabalu dan bekerja yang memakan masa empat tahun. Tempoh yang dilaluinya penuh cabaran dan kisah-kisah menarik, melayan pelanggan yang berpelbagai citarasa tentang kecantikan.
Kata orang sambil bekerja mencari pengalaman sambil2 mencari peluang berniaga sendiri. Menyahut cabaran itu, Nilam Sari membabitkan diri dalam perniagaan konktrak secara sembilan. Ini kerana dia nampak bidang itu berpotensi dikembangkan kerana jarang ada wanita berani terbabit dalam kerjaya yang dimonopoli oleh lelaki.
Hasil keberaniannya itu dia berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang pembuatan kosmetik secara industrial selama dua tahun bermula tahun 2000

Mengimbau kembali pengalamannya, Nilam Sari yang juga anak sulong daripada lima beradik ini memulakan kerjaya sebagai jurumekap di Kota Kinabalu sebaik tamat pengajian selama setahun di PLBP.
Dia bekerja selama empat tahun sebelum memberanikan diri membuka perniagaan sendiri pada tahun kelima.
Dia bekerja selama empat tahun sebelum memberanikan diri membuka perniagaan sendiri pada tahun kelima.
Bekas graduan tahun 1985 tu, berkata dia bersama 25 tenaga pelatih dari seluruh semenanjung dilatih dan dibimbing dalam pelbagai kemahiran di bidang seni tatarias dan solekan. Sebaik menamatkan latihan, Nilam Sari memilih untuk pulang ke bandarnya untuk memulakan kerjanya.
Dia diberi tawaran bekerja di sebuah studio kecantikan di Kota Kinabalu dan bekerja yang memakan masa empat tahun. Tempoh yang dilaluinya penuh cabaran dan kisah-kisah menarik, melayan pelanggan yang berpelbagai citarasa tentang kecantikan.
Kata orang sambil bekerja mencari pengalaman sambil2 mencari peluang berniaga sendiri. Menyahut cabaran itu, Nilam Sari membabitkan diri dalam perniagaan konktrak secara sembilan. Ini kerana dia nampak bidang itu berpotensi dikembangkan kerana jarang ada wanita berani terbabit dalam kerjaya yang dimonopoli oleh lelaki.
Hasil keberaniannya itu dia berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang pembuatan kosmetik secara industrial selama dua tahun bermula tahun 2000
Suasana alam semulajadi di Indonesia yang juga kaya dengan sumber hasil bumi yang mendorong wanita terkenal negara itu mengeluarkan jamu tradisional memberi ilham yang segar buat wanita anggun jelita ini.
Nilam Sari berkata, sekembalinya ke negerinya Sabah, beliau kemudian tertarik dengan hasil-hasil tempatan yang sesuai dijadikan bahan pencuci muka.
Bahan-bahan yang diadunkan ke dalam produknya termasuk beras, sengkuang, madu, lemon dan buah-buahan tempatan itu juga, adalah sumbangan idea yang digabungkan dengan rakan-rakan sekerjanya.
"Yang penting bahan-bahan ini bersih tanpa ada bahan kimia," katanya.

Dengan keyakinan dan dorongan keluarga dan rakan-rakannya, Nilam Sari yakin impiannya akan menjadi nyata untuk membuktikan kepada Jabatan Belia dan Sukan Sabah khususnya, Kementerian Belia dan Sukan bahawa pelatih yang dilahirkan oleh Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) mempunyai cita-cita dan semangat yang jitu untuk berjaya.
"Semoga kejayaan ini juga menjadi pendorong kepada belia tempatan terutama dari Sabah dan Sarawak bahawa lulusan ILKBS ini mampu menempa nama di peringkat antarabangsa, jika kita betul mengusahakan bidang yang kita suka," katanya.
Sehubungan dengan itu, Nilam Sari kini membuka peluang kepada pelatih ILKBS yang ingin membabitkan dalam bidang pembuatan kosmetik, bukan saja untuk latihan praktikal tetapi juga yang ingin menjadi rakan kongsi.
Kita ingin menjadikan syarikat ini sebagai akademi yang boleh melatih belia yang berminat memajukan pengeluaran, pemasaran dan pembuatan produk kosmetik dan SPA.
Mereka yang berminat boleh menghubunginya di talian 0108806062 atau melayari Instagram Klarissa_hq dan Facebook klarissa HQ untuk maklumat lanjut.
Teks oleh Kartini Noor Pic by Samsudin Oli.

No comments:
Post a Comment