SAYA mula menyimpan hasrat untuk menunaikan Umrah dan Haji sebaik saja berkerja dengan Berita Harian Sdn Bhd di Balai Berita, 31 Jalan Riong sebagai wartawan junior pada 1985.
Ketika itu saya berumur dalam awal 20-an. Saya terus mendaftar nama di Tabung Haji di Jalan Tun Razak dalam usaha menempahkan nama awal. Saya membuat potongan gaji sebanyak RM50 sebulan dan tambahan dalam ASB juga RM50 selain dalam koperasi NSTP sebanyak RM50.
Dengan gaji permulaan RM460 berserta elaun kenderaan RM250 dan bayaran overtime (OT) saya kira cukuplah duit jika ditabung dalam beberapa tahun. Kita merancang saja tapi tak semua selancar yang dipelan.
Kekangan kewangan seringkali kali mengambil balik dari tabungan itu. Ada tu sekali saya keluarkan RM400 sekaligus. Dan saya tak ingat bila saya menutup simpanan dalam tabung haji.
Bila saya berhenti kerja pada 1999 kerana mungkin rezeki setakat itu saja. Niat untuk ke Makkah terpaksa dilupakan begitu saja. Bila mana saya beranak setiap dua tahun sekali sehingga berumur 42 tahun ketika melahirkan anak lelaki yang ke-8.
Ingatan untuk ke Tanah Suci tak pernah luput. Tambahan pula melihatkan abang, kakak dan adik-adik serta sedara mara yang setiap tahun berangkat ke Tanah Suci untuk Umrah dan mengerjakan haji saya terlopong saja.
Saya hanya mampu mendengar cerita manis dan cerita-cerita yang dialami oleh anak beranak kami. Jauh dalam hati saya, betapa bertuahnya mereka dan mesti indah pengalaman yang mereka lalui bersolat di Masjid Nabawi dan Masjidilharam.
Malah ada ketika sedara mara menghadiahkan cenderahati dari Tanah Suci, saya hanya mampu mencium bau harum minyak atar dan gembira kerana mereka sudah sampai seru menjadi tetamu.
Malah bila nantu sulong mempelawa bersamanya menunaikan Umrah dua tiga tahun lalu, saya jawap takpe....pergilah dulu. Umi akan pergi bila masanya. Jauh di sudut hati saya, saya mohon Allah SWT dapat permudahkan urusan saya bila masa untuk menunaikan umrah itu tiba. Saya idamkan umrah dari duit simpanan sendiri. Duit EPF sepanjang bekerja dengan Berita Harian.
Masa umur 50 tahun saya keluarkan sedikit dalam akaun kedua tapi tak banyak. Lagipun simpanan akhir saya tak banyak manapun. Namun saya penuh berharap semoga sebelum nyawaku berakhir, bagilah aku menjejakkan kakiku di rumahMU ya Allah ya Rahman Ya Rahim.
Bila pindah ke Rawang sebelum suami pencen dan sudah bertahun-bertahun setiap kali Ramadan menjelma, hati saya sentiasa mendoakan agar Allah SWT mendekatkan saya denganNya, minta ada yang mengajar alQuran dan sebagainya.
Nak jadi cerita, beberapa tahun lalu, kawan sejiran taman saya, Linda Hifnie membantu Pengerusi Pertubuhan Ukwah Fillah (Pkuf), Murniati Usman (Umi Ati) mencari peti sejuk untuk menyimpan daging korban yang disedekahkan oleh seorang Datuk - mak sedara suami Linda kepada anak-anak yang sedang belajar mengaji di Pkuf,
Entahlah apa yang tergerak di hati Umi Ati untuk bertanyakan saya ada peti sejuk yang besar tak untuk menyimpan tujuh kilo daging. Kebetulan di rumah saya, peti frozen chest saya dikosong, Selesai masalahnya, Dari situ, hubungan persahabatan kami terjalin semula. Sebenarnya Umi Ati ini pernah berjiran dengan saya, dan kami pernah membuat kegiatan kebajikan di sini. Dari sinilah bermulanya kembara Umrah saya pada 26 Februari hingga 7 Mac 2019.
Kelas Umrah kedua yang saya hadiri dikendalikan di pejabar cawangan Andalusia Rawang.
Ustaz Anas Abdul Rahman mengajar cara memakai ihram.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Kotak pameran barang kemas yang dilelong. Notis lelongan. Harga yang ditawarkan untuk lelongan pilih barang kemas dan tulis harg...
-
KELANTAN Oleh Kartini Noor BAU busuk tahi kucing memenuhi ruang udara di Medan Selera Buluh Kubu, di bandar Kota Bharu yang menjadi ...
-
RAWANG : Kartini Noor I NGATKAH lagi kisah bayi lapan bulan yang dibunuh dan dibekukan oleh dua pengasuhnya di Gombak beberapa bulan l...
No comments:
Post a Comment