Pengenalan
Apa yang catatkan di blog ini adalah satu pengalaman peribadi saya ketika membuat persiapan untuk menunaikan umrah buat kali pertama dalam hidup bermula 24 Februari hingga 7 Mac 2019.
Catatan ini merupakan satu lagi data dalam memori. Saya berharap tulisan ini dapat memberi sedikit info kepada pembaca bagaimana saya memulakan langkah untuk membuat persiapan awal dalam usaha menunaikan hajat saya.
Tiada apa yang saya nok sembunyikan. Begitu juga tiada niat untuk menunjuk-nunjuk kerana majoriti kita semua sudah menunaikan umrah. Cuma ini kembara umrah yang saya lalui untuk menyucikan fizikal dan rohani.
Setiap detik yang saya tempuhi sejak awal amat mudah. Saya sampai kemuncaknya bila berangkat bersama dua anak dan nantu ke Madinah dan Makkah bagi menyempurnakan ibadat dan menziarahi makam Rasullullah di Masjid Nabawi dan kawasan yang terbabit dalam sejarah kehidupan Baginda Nabi Muhamad SAW.
Kami tinggal di Madinah lebih kurang tiga hari sebelum berangkat ke Makkah Mukaramah selama seminggu. Bersimpuh di MasjidilHaram dan melawat jejak sejarah yang dilalui baginda Nabi dalam perjuangan menyebarkan syiar Islam.

Semoga yang membaca catatan ini dapat mengutip cara, petua dan item yang perlu disiapkan sebelum melangkah mengerjakan umrah. Kami berempat, saya, anak no 2 Ewan dan isterinya, Azah serta anak nombor 7 Affiq bertolak jam 12 tengahhari menaiki Saudi Airlines. Kami turun di Jeddah dan menaiki bas selama lima jam ke Madinah untuk umrah dan ziarah di Masjid Nabawi Madinah dan bermula kembara yang indah yang menjadi impian saja sejak sekian lama.
Seperti kata suami saya, akhirnya umi sampai juga ye ke tempat impian. Papa di rumah menjaga Ma (mentua saya) dengan menanggung rindu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Umi minum air zam-zam banyak-banyak, jaga diri dan papa rindukan umi. Papa sayangkan umi sampai tak terlafaz dan cintakan umi sampai mati.
Hmmm antara rindu kepada Allah SWT dan Nabi, aku dibuai rindu oleh sang suami di rumah dan kerana kerinduan inilah yang membuatkan saya bagaikan seorang kembara yang melalui tempoh yang indah dan bahagia. Alhamdulillah.

No comments:
Post a Comment