27 March 2019

Saya Kartini Noor melaporkan dari Madinahn dan Mekah

Saya, Kartini Noor melaporkan dari Kota Suci Madinah dan Mekah.


MADINAH

Tiada seindah bahasa saya nak ucapkan untuk meluahkan rasa syukur kerana akhirnya selepas 56 tahun dilahirkan di dunia milik Allah SWT, pada 26 Februari hingga 7 Mac menjadi titik sejarah dalam hidup kerana dapat menunaikan umrah.

Satu tropi dan kejayaan peribadi pada diri sendiri sebab saya ni seorang yang memang "berpenyakit" gayat kronik. Naik Lrt di KL hanya sekali saja dalam hidup saya. Malah ketika berada di dalam perut LRT, saya menangis dan mencengkam lengan nantu yang bawa saya tu sampai merah berdarah.

Saya menggelak daripada menaiki penerbangan sebab masa bekerja sebagai wartawan Berita Harian di Balai Riong, Kuala Lumpur awal tahun 1980-an dan akhir 1990-an tu, saya keraplah balik ke kg di Kota Bharu menaikikapalterbang Mas. Sekali tu kena pula pada musim tengkujuh. 

Kapal terbang tak boleh landing. Dari dalam pesawat saya nampak sebahagian besar daerah di pinggiran Bandar Kota Bharu sudah ditenggelami banjir.

Kemudian pesawat terpaksa terbang ke Pulau Pinang dan masa itu, pesawat terbang dalam awam hitam pekat. Terbang pula melalui pinggiran laut dan kawan saya yang menaiki pesawats ama dengan saya, muntah di atas baju isterinya.

Kami berehat di Penang dan akhirnya dengan penerbangan itu juga kami kembali ke Kota Bharu. Saya selalu juga menaiki pesawat ni dan kali berada di dalam pesawat asyik kena angin turbulanc tulah. Adoiii sejak itu saja tak bangga pun balik dengan kapalterbang.

Satu lagi masa nok gi assignment di Singapura pun terkena perkara yang sama. Sampaikan pilot berkata maaflah ye jika tuanpuan melalui peristiwa ni kali pertama. Terasa saya dah takde tempat untuk kaki berpijak. Dan sejak tu saya pun dah memang melupakan hasrat untuk ke luar negara. Tak pi pun takpelah.

Bayangkan nak ke Makkah dan Madinah saya kena naik kapalterbang selama 8 jam. Mana tak cuak. Tapi yang ni sebab saya rindu sangat nak menunaikan umrah, rasa takut itu tak begitu tebal. Apatah lagi saya tahu, saya akan sentiasa dilindungi Allah SWT.

Kisahnya, sepanjang mengikuti Kelab Solat Khadijah Kuwailid, saya suka menulis begini. Kalau kita berada di kuliah agama, kita bagaikan bersimpuh di sayap malaikat yang menebarkan sayap mereka untuk ahli di majlis ilmuan agama.

Dan saya bertuah - pergi dan balik saya, kerusi pesawat saya betul di atas sayap Saudi Airlines. Secara kebetulan atau takdir, saya sebak dan tak putus bersyukur kerana saya ditempatkan di sayap yang saya ingat tu tempat aku bergantung duduk itu.....

Okay lapan jam pergi dan 7 jam lebih balik. Terbang merentasi laut Andaman, Teluk Benggal dan Teluk Arab. Satu pemandangan yang sangat mengasyikkan bila mana saya menyaksikan awam yang sangat putih bersih. Dengan ketinggian lebih 10,000 saya suka bercerita bersendirian. Ada awam itu seolah membentuk macam sebuah negara. Cantiknya, ada tiga lapisan putih, biru muda dan biru.

Lantas saya berdetik dengan diri sendiri. Ada makhluk ke tinggal di tengah-tengah langit ini. Ada satu kawasan awam itu membentuk seperti gaung yang sangat dalam dengan tengahnya berlubang. Ada tu awam membentuk bukit bukau.

Akhirnya jawapan yang diberikan oleh otak saya ialah awaklah yang tinggal di atas awan tu!. Sebabnya hanya pesawat kami yang lalu di sepanjang lokasi itu. Kami makan, tidur dan buang air di dalam pesawat tu. Betulkan kami yang tinggal di tengah awan tadi...

Bayangkan kami merentasi Sri Langka, India dan sebahagian besar tanah Arab sebelum landing di Airport Jeddah. Mata saya tak lepas daripada peti tv kecik di kerusi melihat pergerakan pesawat secara langsung. 

Tak banyak kepulan awan tebal, segalanya tenang dan ayat-ayat suci yang disediakan di tv dalam pesawat itu saya baca dan hafal untuk mengatasi rasa takut dan gayat.

Sepanjang jalan itu kami diberikan sarapan pagi, tengah hari dan minum petang. Saya tak lalu nak telan sebab takde selera. Semua kerana perasaan tak tenteram. Masa balik lagilah semua sajian yang diberikan saya bungkus bawa balik ke rumah. Siap minta bantal dan selimut yang diberikan oleh pramugari sebagai cenderamata.

Kenapa saya ceritakan ini semua. Ini bukan kerana saya rasa saya "darat" tetapi pengalaman melawan gayat saya adalah satu kemenangan peribadi. Nak naik bas ekspress balik kg pun saya takut sebab bas tinggi. Kali ini saya berjaya mengatasi rasa takut naik bas yang membawa saya dan rombongan melawat tempat-tempat besejarah di Madinah dan Mekah,

Apapon saat cemas menaiki bas tu ada juga. Dalam perjalanan kami dari Madinah ke Mekah selama 5 hingga 6 jam, ada satu tempat tu jalannya memang lebar dan sunyi. 

Dikatakan drebar bas kami memandu terhoyong-hayang sehingga ada penumpang yang duduk di belakang tetiba bangun dan menjerit...hey!..sesiapa di depan tolong kejutkan drebar bawa bas macam orang mabuk.

Drebar bas itu berkata ada angin lintang tapi penumpang pula kata memang drebar bas itu tersengguk-sengguk. Angin sejuk, jalan yang panjang dan straits memang boleh membuaikan seseorang jadi mengantuk.

Saya pun terlelap beberapa kali. Selepas penumpang menjerit tu terus hati menjadi kecutberut balik. Adoiiii saya berselawat sepanjang jalan dan kami tiba di Makkah sudah malam. Keletihan dan kepenatan dan perlu membuat umrah wajib sesampaikan di Makkah, tujuh pusingan tawaf, Saie dan bertahlul yang selesai jam 2 atau 3 pagi.

Satu badan sakit, sarat jadi kejang dan kaki membengkak. Urat kaki jadi terik dan sangat sakit. Pinggang juga takpayah ceritalah sakitnya. Bertahan sehingga selesai adalah sesuatu kejayaan yang susah nak ceritakan bagi orang berusia setengah abad ini.


Saya ditaja dari rambut hingga hujung kaki. Pakaian saya ini dibeli oleh nantu sulong saya di sebuah butik di Mara. Tudung dihadiahkan oleh YBerbahagia Datin Normah kawan semasa remaja dan kasut tu pula dibeli oleh adik saya untuk dihadiahka  kepada mok saya. Bila mok saya tak nak, saya dapat dan terus saya bawa ke Mekah dan Madinah kerana kasut plastik tu mudah untuk air wuduk.



  Dan di bawah ni adalah sekitar kawasan solat di Masjid Nabawi di Madinah. Tempat orang lelaki solat. Perkarangan had untuk lelaki solat dan makam baginda Nabi Muhamad SAW.































No comments:

Post a Comment

indahnya Makkah dan Madinah