27 March 2019

Malam terindah di Masjid Nabawi

 MADINAH



 MALAM yang saya lalu sepanjang beribadat di Masjid Nabawi Madinah sangat mengasyikkan dan indah. Bak kisah seribu malam, beberapa malam di sini, diisi dengan solat wajib, sunat dan hajat.

Saya tinggal agak jauh juga. Kalau nak ke Masjid Nabawi, saya kena melalui beberapa batang jalan utama. Cuacanya. Sejuk dingin, kalu waktu subuh, terasa wap yang keluar dari mulut bila bernafas.

Kalau waktu Zuhur pula kita duduk di hotel badan memang terasa sejuk dingin. Bila melangkah keluar tengahhari, panas tengahhari itu, "membakar" kulit kita pelahan-lahan dan di masa yang sama juga, bayu lembut seumpama angin laut menyentuh pipi kita. Cuacanya dalam panas tengahhari udaranya sejuk sangat.

Selalunya saya berselimut lingkup satu badan. Kesejukannya, ditambah dengan cuaca 17c macam duduk di dalam kawasan hawa dingin yang luas. Selepas solat Subuh kami biasanya tunggu sekejap sebelum pulang bersarapan pagi.

Waktu-waktu malamnya yang paling indah di Masjid Nabawi. Melihat langit malam di celah-celah bumbung dan disuluh dengan sportlight masjid menjadikan pemandangan malam seribu satu kenangan manis. Saya suka lampu  di menara lampu hijau itu sambil bergumang sendirian. 

Ya Allah aku di sini, di rumah baginda Nabi Muhamad SAW yang selama ini akan baca hikayat, jatuh cinta dengan kisah perjuangannya menyebarkan Islam dan melihat ratusan manusia berhimpun di sini, sama seperti aku untuk melafazkan kalimah syahadah kemuncak aku menjadi umatMu.

 Waktu malam pula selepas Isya saya berjalan pulang ke hotel, sambil berpimpim tangan dengan menantu. Berhenti seketika melihat medan solat yang luas dan lapang. Waktu puncak, orang dari segenap dunia berdondong duduk di medan itu bersolat.

Tidak ada perasaan tempat itu kotor atau sebagainya. Mereka duduk bersolat bersama-sama. Dan usai solat, berjerlurai orang pulang ke tempat masing-masing, sehinggalah ketemu pada waktu solat yang lain esoknya.

Kisahnya, sebaik menghampiri hotel kami, saya mesti kena lalu di depan kedai yang menjual beraneka barangan cenderahati dan pakaian. Selalu kata orang peniaga Arab ni tak melayan wanita jika tak ditemani oleh lelaki.

Saya pula, singgah saja di muka pintu hotel. Mari..mari mama beli ini baju-baju murah. Kebanyakan pekerja ini berbangsa Rohinya, Pakistan, Bangla dan orang dari sekitar negara Arab. Majoritinya boleh berbahasa Melayu. 

Tak keterlaluan kalu saya katakan kita macam berada di pasar macam di Malaysia. Cuma mereka lebih berbahasa Indon. Kenal artis Malaysia, Nelofa, Erra Fazira dan ada tu pula sampai mengaku berkahwin dengan orang Perak.

Bila saya tanya yang mengaku dari Johor tu, apa makanan asli orang Johor. Ha terdiam dia!. Apapun biasalah gelagat peniaga, kita pun boleh faham mereka cuba menggunakan teknik "mengurat" semata-mata untuk melariskan barangan mereka.




Tempat ni orang solat. Kalau tempat kita mesti fikir ia kotor atau sebagainya.


Harga asal baju ni dalam RM120 tapi saya dapat pada kadar RM80. Bygkan di Malaysia sudah tentu lebih RM200 sehelai. Sesuai sangat untuk baju akad nikah.



Kami yang nak ke Raudah waktu malam.

Berebut nak cuba masuk Raudah












Awang seorang ni mengaku kahwin dgn orang Perak dan tahu fasal Nelofa dan Erra Fazira.

Mama...mama dia panggil saya mama. Janji mau datang tak datang sampai sudah. Malam terakhir saya beli baju Kajol di kedainya. Orangnya sangat encem kan,



Kedai ni lagi best siap tulis nama Datuk Daud Che Ngah lagi sebagai rakan kongsi. Siap bagitau datuk minta jual murah jika orang Malaysia beli-belah di kedai ini.


Dia ni pon baik bagi harga yang murah kat baju yang saya beli. Adalah dua tiga helai baju yang saya mampu beli.














Tenangnya kami di sini.















Tetamu berkerusi roda diutamakan.




No comments:

Post a Comment

indahnya Makkah dan Madinah