Ruang sarapan |
Chesse yang sedap. |
SARAPAN PAGI
Sarapan pagi yang disediaskan oleh pihak pengurusan Umrah memang terbaiklah. Ada nasi lemak, nasi putih, bubur dan lauk pauknya aduh sedaplah.
Cuma saya ni seorang yang agak sinikal juga kot. Hari pertama bersarapan pagi saya melihat dua botol sos yang berasal dari Indonesia. Saya bertanyakan pada anak saya yang sebelum ini dah pernah buat umrah. Kenapa produk halal dari Malaysia tidak dijual di sini?
Kalaulah ada pihak pengeluar makanan seperti sos, kicap dan barangan halal yang bertimbun di negara ini dipasarkan di Makkah dan Madinah alangkah mudahnya anak-anak Malaysia boleh jadi jutawan baru di Asia Tenggara. Indonesia dahlah bekal tenaga kerja, bahkan makanan mereka pun mudah diperolehi di Madinah.
Malah ada Rumah Makan Indonesia di Madinah dan rata-rata pekerja cuci terutama wanita adalah orang Indonesia. Untungnya mereka dahlah dapat umrah percuma malah tinggal pula di negara yang aman damai dan negeri yang tersemadinya jasad Rasullullah SAW.
Gajipun banyak. Malah kerjaya mereka sangat dihormati kerana di Madinah dan Makkah jamaah tidak ada tempat untuk bersedekah. Mutawif dan ustazah siap bagitahu kami, kalu nak sedekah jangan bagi pada orang yang mengutip sedekah di merata tempat tu. Bagi saja pada tukang cuci lantai masjid dan ternyata mereka sedang beruntung. Bekerja di rumah Nabi dan Masjidilharam dipenuhi dengan limpah dan rahmat Allah SWT dan dikasihi o;leh insan yang mengunjungi dua tempat suci itu,
No comments:
Post a Comment