Biiik di hotel untuk kami |
"Makcik boleh tolong sorong kereta tolak mak sayas.!" kata orang muda tu. Saya pandang kiri kanan, semua diam. Mungkin terkejut dengan sapaan itu. "Isteri saya datang period (haid). Dia tak boleh," kata anak muda itu lagi. Hmmm yang paling dekat dengan kerusi maknya adalah saya dengan nantu.
Terdetik hati saya. Lagu mano ni. Dah perangai wartawan itu, anda tak boleh menipu diri sendiri. Kerja kami asasnya kena tolong orang. Apalagi di saat begini, takkan saya nak diamkan saja. Saya angguk dan cakap, "ok biar makcik tolakkan." Sebelah saya tu nantu saya tu. Bermakna kami kena berpisah dan bawa diri masing-masinglah. Adoiii mulanya saya marah dengan perangai saya ni kerana kata anak saya, Umi ni suka sangat lebihkan orang lain!.
Dah setuju saya pun berjanji akan jumpa ibu berkerusi roda itu di pintu masuk 25. Tempat menunggu giliran untuk orang berkerusi roda dan orang-orang biasa menunggu. Semua jemaah wanita, seakan tidak sabar. Saya yang baru hari ini, lagilag menggelabah.
Sebaik saja pintu besar dibuka. Ha meluru semua orang. Semua bekerjar masuk ke bahagian menunggu kedua sebelum betul-betul dapat masuk Raudah. Ia dibuat secara bergilir-gilir. Saya dengan ibu yang berkerusi rosa itu, akhirnya saya tahu namanya Kak Yati dari Melaka berjaya masuk di pusingan kedua.
Sebelum itu, beberapa kali kena marah terutama oleh jemaah Iran kerana kerusi roda tu terlanggar kakinya. Memang sakit sungguh. Beberapa kali saya minta maaf. Ooo this is not funny. Dont laugh. Saya dengar jer makian dia. Yang penting saya sampai di tempat menunggu tu. Ni peluang keemasan ni dan saya tak mahu terlepas detik-detik manis ini.
Perkarangan Masjid Nabawi di Madinah |
No comments:
Post a Comment