25 March 2019

Tiang seri dalam kawasan Raudah



























DAPAT masuk ke Raudah adalah satu takdir yang saya tak pernah menduga. Saya fikir adaslah antara jutaan insan yang diberi peluang untuk memasuki Raudah dan bersolat Mutlak, Taubat dan Hajat di perkarangan taman-taman syurga dengan mudah sekali.

Asabab saya menolong Kak Yati yang kakinya retak selepas kakinya retak akibat tersandung ketika turun kereta untuk ke pejabat Andalusia di Melaka bagi mendengar ceramah Umrah ini, Saya dimudahkan Allah SWT untuk bersolat di Raudah. 

Sementelah pula nantunya, datang haid itu juga sebab saya berpeluang mengikuti giliran ke Raudah bersama-sama orang di kerusi roda. Di sini, lama juga kami dapat bersolat. Dan sementera menunggu ke karpet hijau, saya sempat bersolat hajat memohon apa yang tersirat di hati.

Sampai kami terlepas untuk mengikuti rombongan wanita melawat pusara Baqi. Takpelah sebab dua hari kemudian saya berpeluang melihat tapak perkuburan yang begitu luas dari dalam bas sambil kami berdoa ketika rombongan dibawa melawat Masjid Quba.

Di Masjid Quba, mutawif kami Ustaz Alam Syah Nasution bercerita kisah Nabi Muhamad SAW yang singgah di perkampungan Quba apabila baginda menjadi rebutan penduduk di situ untuk bermalam di rumah mereka. 

Nabi Muhamad kemudian memberitahu, di mana untanya berhenti di situlah baginda akan menumpang tidur. Masjid Quba ini sangat cantik dan kami bersolat hajat serta Dhuha di situ. 

Banyak sungguh burung merpati yang terbang bebas di sini. Jika kesempatan ke sini, kita boleh melihat pasar-pasar yang kecil (mungkin dikaitkan dengan zaman Rasulullulah berniaga) di sini. 

Macam perniagaan di sini. Dari cenderahati, buah-buahan seperti tamar muda yang dibekukan sehinggalah peniaga haram menjual biji tasbih pelbagai bentuk dan jenis.

Disebabkan kesuntukan masa kami akan melalui saja sebuah lagi Masjib Qiblatin. Di mana di masjid ini diriwayatkan Nabi Muhamad SAW diperintahkan Allah supaya memindahkan kiblat dari Baitulmuqadis ke Makkah. Kerana ketika itu umat Islam dihina oleh Quraisy kerana bersolat mengadap Baitulmuqadis sama seperti mereka.

No comments:

Post a Comment

indahnya Makkah dan Madinah