INI adalah sekitar Bukit Uhud sejauh 7 kilometer yang mencatatkan sejarah tersendiri dalam peta perang yang dilalui oleh Rasullullah yang menubuhkan pakatan tentera dengan penduduk Madinah.
Bagi umat Islam di Malaysia, kisah Perang Uhud ada dalam teks pendidikan Islam dan bila anda berada di sini, kita bukan saja dapat melihat kesan perang seperti perkuburan syuhada tetapi juga meningkatkan keimanan kita.
Bayangkan Rasulullah berperang habis-habisan sehingga 70 pejuang jihad tewas dan Baginda Nabi Muhamad SAW juga hampir hilang nyawa di sini. Sengitnya pertempurannya tercatat lengkap infonya tentant setiap strategi, bilangan tentera berpanah dan panglima perang yang terbabit.
Lebih 1,000 sudah berlalu kisah pertempuran ini memberi kesan mendalam dan kota Madinah kini masih banyak tinggalan perang yang menjadi pengajaran untuk umat Islam. Bahawa kita sekarang bertuah kerana adanya pejuang jihad inilah Islam dapat dikembangkan ke seluruh dunia.
Di atas bukit, batu yang keras dan kerikil tajam itu menyaksikan riwayat peperangan yang dilalui oleh Rasulullah dan sesuatu yang mengingatkan saya ialah ketika berada di sini.
Papan tanda ditulis dalam Bahasa Melayu Indonesia. Rasa bangga jugalah bila melihat papan tanda itu terpapar dengan barisan ayat-ayat yang saya faham sangat, Dalam hati, saya bersyukur bahawa orang Melayu di Asia Tenggara menjadi sebahagian daripada tetamu Kerajaan Arab Saudi yang dihormati.
Gunung Uhud |
Nilah pusara para syuhada Perang Uhud. Maaf tak boleh rotate. |
Mutawif Ustaz Alam Syah tengah jawab soalan saya, |
Saya pakai kasut yang adik beli untuk mok saya. |
Suka puncak ni. |
Atas gunung tulah terdirinya Istana Dajjal. Dah ada pon. |
Nampak tak bebayang Istana. Kamera Huwei saja tak boleh rakam dengan baik,,,, |
Di Gunung Uhud saya dapat teks tafsir ikut fahaman Wahbi. Mutawif saya awal2 lagi dah pesan jgn ikut. |
Melawat pasar kurma pun ada dlm aturcara Umrah |
Pasar Kurma di sini coklat 15 inggi sekilo ...kurma pun murah, kekacang dan buah tin dijual. |
No comments:
Post a Comment