MASJID QUBA berwarna putih, Ia menjadi tarikan utama untuk rombongan umrah melawat ke sini kerana kisahnya yang panjang dan berkait rapat dengan sejarah penghijrahan Nabi Muhamad SAW dari Makkah ke Madinah.
Apabila baginda Nabi dihalau oleh penduduk Quraisy Makkah baginda memohon kepada Allah supaya digantikanlah sebuah negeri yang lebih baik dan aman. Allah memberikan Madinah kepada Nabi Muhamad SAW untuk dijadikan tapak bagi menyebarkan panji-panji syiar Islam.
Masjid Quba ini adalah simbol pertama pembinaan masjid oleh baginda Nabi apabila sampai dan disambut oleh penduduk Ansar di Madinah. Rasanya sangat syahdu sebaik saja memasuki masjid ini kerana saya ke masjid hasil air tangan Junjungan kita untuk umat Islam. Dari Madinahlah baginda mengatur pelbagai pelan menyebarkan agama Islam yang sehingga kini meluas ke pelosok dunia.
Di Madinah juga ada beberapa pertempuran yang dilalui oleh baginda Nabi dan para Syuhadah. Di sinilah berlakunya peperangan Khandaq (perang parit), Perang Uhud yang menyebabkan beberapa kerabat baginda Nabi gugur sebagai syuhadah.
Di lembah Gunung Uhud ada kawasan pusara yang tersemadinya, bapa sedara Nabi Muhamad Saw, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib yang mati dipanah lembing oleh hamba abdi, isteri seorang pembesar Makkah, Abu Suffian - Hindon yang ingin membalas dendam apabila kaum keluarganya dibunuh.
Hamba itu Wahsyi dijanji akan diberi kebebasan jika dapat membunuh Saidina Hamzah. Hindun kemudian membelah dada dan mengunyah hati Saidina Hamzah sebelum meluahkannya.
Di pusara ini hanya dua batu tanda yang ada yang lain semua ditiadakan. Baginda Nabi yang sedih apabila ketumbukan1,000 anggota perangnya, dikalahkan oleh 3,000 tentera Quraisy yang dipimpin oleh Abu Suffian suami Hindon. Perang Uhud memberi pengajaran besar kerana bala tentera Islam dan dibantu penduduk Madinah, termakan hasutan dan ditimpa ketamakan merampas harta perang.
Akhirnya baginda Nabi terus meminta pejuang yang syahid itu disemadikan dengan pakaian ketika mereka berperang.
Mutawif kami Ustaz Alam Syah Nasution berkata Gunung Uhud itu sepanjang 7 kilometer adalah salah satu gunung yang diceritakan berasal dari syurga, Gunung itu sampai sekarang menjadi tumpuan pengunjung untuk melihat betapa sukarnya Nabi berperang di kawasan padang gurun yang hanya dikelilingi oleh bukit bakau kering kontang dan berbatu kasar.
Manakala dalam Kelab Solat Khadijah Kuwalid pula, kami diberitahu, di dalam neraka gigi kita saja sebesar Gunung Uhud itu dan bayangkan berapa tahun masanya, kulit dan seluruh anggota badan kita dibakar. Dan tidak jauh dari Gunung Uhud itu, kami sudah dapat melihat istana Dajjal yang sudah siap dibina.
Kata Mutawif kami, Dajjal tidak dapat memasuki Kota Makkah dan Madinah. Jadi Dajjal ini akan berlindung di istana putih di puncak gunung yang tinggi itu, sambil melihat kota suci umat Islam. Bagaimanapun Dajjal dikatakan akan menmpengaruhi penduduk munafik dari Madinah untuk bersukaria di istananya.
Masjid Quba. Dibina oleh Nabi Muhamad setibanya ke Madinah sebagai simbol berkembangnya syiar Islam. |
Sayalah tu dgn anakanda, Affiq. |
Dapat ruang solat yang baik |
Dalam Masjid Quba. |
Tengok tu banyak merpati di depan masjid Quba. |
Ramainya, Orang dari pelosok dunia datang |
Tamar segar yang disejukbekukan. Sedap manis2 pahit dan beku mcm aislah. |
Tamar segar, |
coklat |
Tengok cara bina gerai itu. Macam zaman dulu2 |
Ni kurma yang dijual di ladang kurma yang dilawat oleh rombongan. |
Pasar Kurma |
Pucuk mula tumboh |
Coklat 35 iingg sekilo boleh campur. |
Halal2...try. Makan tak makan 35 inggi sekilo di Ladang Kurma, |
No comments:
Post a Comment