BETUL-betul ni cobaan macam cerita P Ramlee yang bertapa dalam tiga bujang lapuk tu. Kena ingat ye puan-puan kita ni gi ke negara yang warganegaranya memang kayorayo dan bo setakat kita nok gi tayang seutas dua berlian kat tangan, buat malu kompeni jer.
Dalam majlis tahlil dan ceramah agama di hotel kami, ustaz yang mengendalikan majlis ada memberitahu kami supaya berbelanjalah seadanya bila berada di kotaraya Madinah ini.
Sebabnya, baginda Nabi Muhamad SAW pernah mendoakan supaya Madinah menjadi kota yang aman damai dan ekonomi penduduknya berkembang, berkat kunjungan tetamu yang datang berziarah dan berbelanja di sini.
Maknanya, adalah tidak salah bagi kita untuk membeli belah di sini, walaupun ada yang cakap. Oooo gi Makkah tu nok buah ibadat ke nak shopping. Kita berbelanja sekadar cukup sebagai buahtangan untuk keluarga, sedara mara dan kawan-kawan baik yang tak mintapun kita belikan mereka hadiah!.
Ingat bila di Madinah, peniaganya memang boleh bercakap Melayu Indon. Ada yang kata wanita tidak akan diberi layanan istimewa. Tapi saya tak boleh lalu depan kedai. Mama!..Mama! masuk, masuk .....singgah2 semua murah. Hmmm berasap ni kalau macam ni.
Saya lalu depan kedai emas masa nak masuk ke Masjid Nabawi. Takut nak masuk dalam kedainya sebab sahih duit memanglah ciput. Tapi disebabkan asyik sebut cobaan...cobaan saya singgah dan minta izin ambik gambar permata emas dan intan berlian sehingga silver dan semualah.
Adoiiiiii...dunia wanita yang tak terperi cantiknya. Koleksi emasnya. Saya ingat memang betullah firaum mesir dahulu kala sudupun dia buat dengan emas. Memang gold color feberet orang kayaraya ni. Kedai emasnya terbuka luas sampaikan saya rasa tak tercerita besarnya rantai leher, loket dan gelang tangan.
Nasiblah saya tak pakai seutas pun emas atau cincin ketika di sini kalu tak rasa macam buat malu jer pakai barang kemas kat sini. Yang kita ingat besar dan mahal di sini, kat sana dia orang gantung sebesar lengan, loket tu.
Peniaga kedai sangat peramah. Salam tak putus-putus diberikan. Ada tu tangan anak saya ditariknya masuk ke kedai. Saya pula sengaja jalan jauh-jauh takut kena beli jubah yang 4 sertus ringgit duit kita. Kita dahlah bawa 10 inggit jer masa gi masjid takut kena tahan kalu cuba tawar menawar barangan,
Apapon suka melihat cara mereka berniaga. Jika ada yang cakap kaum wanita diketepikan. Masa saya datang, semua pakaian, aksesori dan segala benda maknenek ditujukan pasaran kepada wanita.
Jadi nasihat saya pada wanita. Berbelanjalah jika anda suka. Bawa satu beg ekstra. Di Madinah pakaiannya sangat cantik dan murah berbanding di Makkah. Belilah ikutcitarasa anda.
Dan BenDawood ada terpampang di mana2. Pasaraya, hotel, kompleks niaga dah sinonim dengan nama ni. Cari juga Osama BenLaden dah tak de. Hey McD dan KFC pun ada dekat dengan dataran Masjidilharam tau!.....
Saya pula dapat rasa KFC ala orang Arab di Albaik....
Di bawah ni semua kawasan berniaga dekat Masjid Nabawi.
No comments:
Post a Comment