24 March 2019

Masuk Raudah

Ustazah memebritahu apa salam yang harus dibaca ketika melawat Raudah.
Kami bersedia nok masuk Raudah 
MADINAH


KAMI  tiba di Madinah lebih kurang jam 10 malam.  Sebelum sampai di Madinah kami singgah makan malam dan solat jamak Maghrib dan Isyak di sebuah masjid di pertengahan jalan. Kami tiba kira-kita jam 4.20 petang selepas selesai urusan check-up, ambil bagasi sempatlah dalam perjalanan itu saya melihat panorama sepanjang Lapangan Terbang Jeddah ke Madinah.

Padang pasir saujana mata melihat. Pembangunan di sepanjang jalan juga kian mencanak. Tapi perasaan pertama saya ialah tanahnya kering kontang dan berpasir serta berdebu. Pokoknya adalah jarang-jarang, mungkin pokok yang boleh hidup di tengah gurun panas sajalah. Jauh saya mengelamun mencari titik point perjuangan Rasulullah, Nabi Muhamad SAW.

Jalan-jalan raya sedang dibina, dibesarkan saiznya. Flyover di mana-mana saja. Sepanjang jalan sehingga ke malam, kami berhenti di sebuah masjid. Makan malam yang ringkas dengan sebotol air. Masing-masing jemaah keletihan dan buat hal sendiri. Kami empat beranak solat di ruang masing-masing. Banyaknya nyamuk dan ketika makan itu, kucing yang montel bekerkeliaran menunggu sisa makanan. Mereka macam kucing di negara kita tapi nampak sihat dan gemuk2.

Akhirnya teruskan perjalanan dan akhirnya tiba di Hotel Mawarrdah. Ada banner mengalu-alukan ketibaan kami. Bergegas kami ke lobi dan mengambil beg biru hadiah pihak Andalusia. Naik atas mandi dan berehat. Ada tetamu sebaik tiba, mereka terus ke masjid Nabawi. Kami membuat keputusan esok kita mulakan.

HARI 2 - 4: Madinah (25 Feb-27 Februari 2019)

Hari kedua rombongan kami akan memasuki Raudah. Ada taklimat awal pagi di pusat taklimat Andalusia. Berhimpunlan kami di lobi. Di sinilah juga mulanya takdir saya yang diatur Allah SWT. Saya  sudah risau, bolehkah aku masuk Raudah ni. Aku bukannya tahu apa-apapun. Cuma masa ustazah beri taklimat apa bacaan salam yang harus dibaca ketika dapat memasuki karpet hijau.

Karpet hijau tu adalah tempat yang dijadikan ruang khas untuk kita bersolat Mutlak, Taubat dan Hajat. Carpet itu dihiasi bunga yang sangat cantik dan berwarna hijau. Disebut Raudah itu adalah perkarangan rumah Nabi Muhamad S AW yang merupakan taman-taman syurga. Bertuahlah sesiapa yang dapat bersolat di Raudah.

No comments:

Post a Comment

indahnya Makkah dan Madinah